Bagi anda yang mempunyai simpanan pelaburan didalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), pastinya pengumuman kadar agihan pendapatan atau dividen kepada anda sentiasa dinanti-nantikan pada setiap hujung tahun.
Walaupun ASB menunjukkan perkembangan yang baik sejak 5 tahun yang lepas, kita pastinya masih merasa risau dengan kadar penurunan dividen seperti yang berlaku pada tahun 2016 lepas. Kadar dividen ASB dan ASN bergantung kepada prestasi semasa ekonomi negara khususnya.
Kadar Dividen ASB Tahun 2017
Berapakah pengagihan kadar dividen dan bonus pada tahun 2017 ini?
TAHUN | DIVIDEN | BONUS | CATATAN |
---|---|---|---|
Tahun 2017 | ?.?? | ?.?? | Menjelang PRU-14?? (Naik??) |
Kadar Dividen ASB Dalam 5 Tahun Sebelum
Berikut adalah jadual agihan dividen ASB bagi 5 tahun sebelum ini.
TAHUN | DIVIDEN | BONUS | CATATAN |
---|---|---|---|
Tahun 2016 | 6.75 | 0.50 | – |
Tahun 2015 | 7.25 | 0.50 | – |
Tahun 2014 | 7.50 | 1.00 | – |
Tahun 2013 | 7.70 | 1.00 | Tahun PRU (Naik) |
Tahun 2012 | 7.75 | 1.15 | Menjelang PRU (Naik) |
Kita semua mengharapkan berita baik dalam pengumuman agihan dividen nanti. Rekod menunjukkan, setiap kali menjelang Pilihan Raya ada kenaikan kadar dividen dan bonus untuk ASB. Adakah tahun 2017 akan berulang kenaikan ini?
Penangguhan Urusniaga ASB Dan ASN
Melalui portal rasmi ASNB, urusn niaga melibatkan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula pada 20 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018 bagi tunjuan pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Selepas pengumuman dibuat, agihan dividen tersebut akan dimasukkan ke akaun pemegang unit saham ASB dan ASN.
Baca juga – 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Dalam Saham
Oleh itu, kita bolehlah membuat semakan agihan dalam akaun ASB dan ASn bermula 2 Januari 2018. Semakan boleh juga dibuat menggunakan aplikasi atas talian MyASNB.
Latest Update:
Agihan kadar dividen telah diumukan dan seperti yang kita semua ramalkan, kenaikan memang ada tahun 2017 ini. Berikut adalah dividen dan bonus beserta bonus khas ulang tahun.
Pengagihan Pendapatan: 7.00 Sen Seunit
Bonus: 0.25 Sen Seunit
Bonus Khas Ulang Tahun: 1.00 Sen Seunit
Manjdikan jumlah pada tahun 2017 adalah 8.25 Sen Seunit
Tahniah kepada semua pemegang pelaburan ASB.
kenungkinan akan naik sebab nak imbangi kelemahan ringgit ..
itulah pandangan orang yang positif
Oh terima kasih atas pandangan positif tuan.
Kita tunggu dan lihat..
Moga2 bertambahlah kadar dividen nya..