Jana Pendapatan Melalui Program Dropship Di Kumoten Malaysia. Kebanyakkan orang mahu menambah pendapatan mereka. Saya percaya masih ramai juga yang tercari-cari macam mana caranya untuk mendapatkan program dropship yang dipercayai di Malaysia. Memang banyak, tapi kebiasaanya pihak pemilik produk atau laman web akan mengenakan yuran seumur hidup bagi memastikan agen dropship mereka betul-betul serius mahu menjadi agen dropship mereka.
Memandangkan saya menerima email bertanyakan mengenai program dropship yang ditawarkan di Kumoten. Kali ini, saya kongsikan dengan anda beberapa jawapan kepada persoalan yang diajukan kepada saya dibawah ni:
1. Macam Mana Nak Register Kumoten Dropship, Adakah Perlu Bayar Secara Bulanan?
Cara untuk mendaftar sebagai Dropshipper di Kumoten adalah seperti gambar dibawah..
Langkah 1 : Layari laman web
Kumoten dan klik pada “
Register Here“
Langkah 2: Lengkapkan maklumat dalam borang pendaftaran, buka email anda dan sahkan email anda.
Langkah 3: Selepas sahkan email, anda bolehlah log in – klik pada “Dropshipper Login“
[ Dah baca artikel ini? ] – 6 Tip Memilih Produk Pasti Untung Untuk Dijual Secara Online
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran program droship ini ! Free of charge saja..
Selesai mendaftar, anda boleh mencari produk yang sesuai dijual online. Terdapat 9 kategori produk yang ada di komuten. Terpulang kepada anda nak jual apa pun.
2. Adakah Kumoten Sediakan Laman Web Kepada Yang Register?
Jawapannya, tiada.
Tiada laman web yang disediakan untuk dropshipper Kumoten tetapi anda mempunyai banyak pilihan untuk menjual produk. Antara 11 platform yang boleh dijadikan pilihan untuk menjual produk tersebut adalah:
1. Lazada Malaysia
2. 11street
3. Lelong Malaysia
4. Ebay
5. Amazon
6. Shopee
7. Fan Page Facebook
8. Instagram
9. Carousell
10. Kedai Online/Blog
11. Mudah.my
Kalau nak tau mana satu dropshipper kumoten di internet ni memang payahlah, sebabnya boleh jadi produk yang kita search di platform e-commerce diatas adalah produk dari Kumoten. Jadi, memang tak ada contoh yang saya boleh tunjukkan disini.
[ Dah baca artikel ini? ] – 5 Reason Why Your Business Needs An Online Store
Walaubagaimanapun, saya juga salah seorang dropshipper komuten yang menjual di Shopee Malaysia. Produk yang saya jual adalah backpack dan smart watch.
3. Macam Mana Kita Nak Dapat Komisen Atas Jualan?
Jika anda faham konsep dropship anda akan tahu keuntungan anda. Bila sebut dropship, maknanya anda cuma tolong company tu jual sahaja.
- Tak perlu simpan stock barang
- Tak perlu uruskan penghantaran dan pembungkusan
- Keuntungan 10% hingga 50% daripada harga jualan setiap produk
Kalau program affiliate kita panggil komisen tapi dalam dropship kita sebut dia PROFIT. Berapa keuntungan bagi setiap jualan?
Lihat gambar diatas..
Harga Dropship – RM20.20
Harga Cadangan Jualan – RM26.90
Pada tahap ini, kadar keuntungan anda adalah 25%! bagaimana pula kalau anda jual backpack ini dengan harga RM40.40? keuntungan anda adalah 50%!
Profit anda adalah Harga Jualan – Harga Dropship = Profit
Cara Program Dropship Berfungsi
Saya nak tulis tapi nanti susah pula nak faham kan. So, bagi memudahkan pemahaman anda, perhatikan gambar diatas ni.
Berdasarkan jualan backpack diatas, scenarionya seperti ini..
Anda buka kedai jualan di Carousell, customer bank in duit ke akaun anda dengan harga RM26.90, dan anda buat pembelian di Kumoten (dengan memasukkan alamat customer) dengan harga RM20.20.
Maka,
RM26.90 – RM20.20 = RM6.70
Setiap backpack yang anda jual akan dapat keuntungan RM6.70. Jika anda berjaya menjual 10 backpack sehari? RM6.70 x 10 = RM67.00. Kalau sebulan, RM67.00 x 30 = RM2,010
Faham kan?
Mudah saja sebenarnya..
Anda boleh pelbagaikan saluran jualan dan promosi nescaya anda akan menjana keuntungan lebih dengan program dropship Kumoen ini.
Daftar sebagai agen Drosphip Komuten sekarang – Daftar Kumoten Dropship
PANDUAN BERNIAGA DI SHOPEE MELALUI KUMOTEN DROSPHIP
Bagi anda yang mencuba berniaga di Shopee Malaysia dengan cara menyertai program DROPSHIP, anda sangat beruntung kerana ada PANDUAN SHOPEE yang sangat bermanfaat untuk anda.
Semoga membantu.
boleh di coba nih, tapi masih usaha pendapatan lainnya dulu. biar genah dan gak merepotkan
ramai yang cari side income, bolehlah cuba ni