Bergembiralah anda (yang layak) kerana Perdana Menteri Malaysia pada perbentangan bajet 2018 lalu telah mengumumkan untuk meneruskan dan memperuntukkan sebanyak 6.8 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kira-kira 6 juta rakyat Malaysia khususnya.
Tarikh Kemaskini Dan Permohonan Baru BR1M 2018
Tarikh kemaskini BR1M 2018 – 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017
Permohonan Baru
Dalam tempoh sebulan lebih ini, anda yang mahu membuat permohonan baru haruslah memastikan kelayakan terlebih dahulu.
- Individu atau isirumah yang belum pernah memohon
- Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia atau bercerai
- Permohonan yang gagal/tidak layak pada permohonan BR1M sebelum ini
- Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun permohonan
- Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan, tanggungan, perubahan status perkahwinan, perubaha alamat , perubahan nombor telefon dan perubahan nama waris.
Maklumat Penting Yang Perlu Dikemaskini
Perlukah dikemaskini jika tiada sebarang perubahan kepada maklumat diatas? Tidak perlu sekiranya masih dalam tempoh 3 tahun selepas tarikh permohonan dibuat. Namun, perlu dikenalpasti apakah maklumat penting yang perlu dikemaskini?
Berikut adalah beberapa maklumat yang penting perlu dikemaskini dalam permohonan BR1M 2018:-
- Status Perkahwinan – kahwin, cerai, kematian pasangan (nyatakan tarikh kematian atau tarikh perceraian)
- Alamat surat-menyurat dan email
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
- Maklumat pasangan dan tanggungan – pastikan nombor kad pengenalan MyKAD, MyKID, MyPR, Passport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
- Maklumat waris – waris asal yang dinamakan meninggal dunia, ianya bagi membolehkan waris membuat tuntutan khairat kematian dan baki BR1M.
Jadual Pembayaran BR1M 2018
Individu (Bawah RM2K) | Isirumah (RM3K-RM4K) | Isirumah (RM3K Kebawah) |
---|---|---|
FEB 2018 – RM450 | FEB 2018 – RM300 | FEB 2018 – RM400 |
NA | JUN 2018 – RM300 | JUN 2018 – RM400 |
NA | OGOS 2018 – RM300 | OGOS 2018 – RM400 |
https://ebr1m.hasil.gov.my/
Pihak kerajaan berharap, dengan pemberian bantuan ini dapatlah meringankan beban rakyat Malaysia. Namun, berapa peratuskah BR1M ini dapat membantu rakyat sedangkan harga bahan api dan barangan semakin meningkat?
Bersyukurlah bagi anda yang layak menerima BR1M 2018 ini. Gunakanlah duit ini sebaik-baiknya. Bagi yang tidak layak, usahlah merungut, mungkin ada rezeki lain yang lebih baik untuk kita.
Alhamdulillah trima kasih share pasal brim ni. Ju kurg ilmu pasal agihan brim ni, pas baca mmudahkn mau atur pbelanjaan lepas ni =)
ada BR1M keluar..
para peniaga boleh buat mega sales..
suruh rakyat berbelanja agar duit dalam GST kembali ke kerajaan semula…
belilah barangan buatan Malaysia
BR1M dah kemaskini ka belum Jun Zie? hehe..
Memang dah strategi begitu tuan. Haha. BR1M dah tak lepas ni..
terima kasih untuk info ni.
Baru lepas kemaskini. Tapi husband yang dapat. Awat laa PM tak bagi dua-dua sekali? Hahhahaa
Sama2 tuan.
Hahaha. Untung lah dapat lagi. Sy ni asik reject ja.