May 31, 2023

Jadual Gaji 2018 Penjawat Awam

Jadual Gaji 2018 Penjawat Awam. Seperti kebiasaanya pada setiap hujung tahun sebelumnya, Jabatan Akauntan Negara (JAN) akan mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara bagi menentukan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji. 
Bagi Penjawat Awam, ini adalah Surat Pekeliling yang dinanti-nantikan selain daripada Bonus dan Kenaikan Gaji. Jika ada keluarga dan rakan-rakan yang bekerja dengan kerajaan samada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, jadual pembayaran untuk mereka adalah seperti dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2017.
Jadual Gaji 2018 Penjawat Awam
Seperti yang dipaparkan dalam Jadual Gaji Penjawat Awam 2018 diatas, terdapat 3 tarikh pembayaran gaji awal yang akan dilakukan sempena perayaan yang jatuh pada bulan berkenaan. 
Untuk rujukan, dilampirkan printscreen muka hadapan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2017 untuk pengesahan maklumat jadual pembayaran gaji ini. Rujuk JAN untuk muat turun pekeliling ini.
Jadual Gaji 2018 Penjawat Awam

Jadual Gaji 2018 Penjawat Awam
Pada Tahun 2018, penjawat awam atau kakitangan awam Malaysia akan menerima gaji bulanan pada tarikh-tarikh berikut:-
Januari 2018 – 25.01.2018 (Khamis)
Febuari 2018 – 08.02.2018 (Khamis – Tahun Baru Cina – 16 & 17.02.2018)
Mac 2018 – 22.03.3018 (Khamis)
April 2018 – 25.04.2018 (Rabu)
Mei 2018 – 24.05.2018 (Khamis)
Jun 2018 – 07.06.2018 (Khamis – Hari Raya Puasa – 15 & 16.06.2018)
Julai 2018 – 25.07.2018 (Rabu)
Ogos 2018 – 14.08.2018 (Selasa – Hari Raya Haji – 22.08.2018)
September 2018 – 25.09.2018 (Selasa)
Oktober 2018 – 25.10.2018 (Selasa)
November2018 – 22.11.2018 (Khamis – Hari Deepavali 6.11.2018)
Disember 2018 – 24.12.2018 
Pada bulan Disember 2018, mungkin perlu ada perubahan tarikh pembayaran gaji kerana kebanyakkan penjawat awam yang menyambut Hari Krismas mengharapkan pembayaran lebih awal untuk perbelanjaan mereka. 
Seperti tahun ini, bulan Disember akan dibayar pada 21 Disember 2017. Namun, ianya tertakluk kepada perayaan yang diambilkira pihak Kerajaan. Jadual Pembayaran Gaji pada tahun 2016 masih diambilkira lagi (betulkan jika saya silap), namun, sejak tahun 2017 Hari Krimas tidak diambilkira lagi dalam jadual pembayaran gaji.
Semoga dengan adanya, Jadual Pembayaran Gaji 2018 untuk penjawat/kakitangan awam ini dapatlah anda merancang perbelanjaan lebih awal kerana terdapat 3 bulan gaji dibayar terlalu awal iaitu pada bulan Febuari 2018, Jun 2018 dan Ogos 2018 sempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
Untuk semakan gaji, anda bolehlah semak penyata gaji bulanan dengan melayari E-Penyata Gaji Jabatan Akauntan Negara.

2 thoughts on “Jadual Gaji 2018 Penjawat Awam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *