![]() |
Medical Insurance Policy [ Pic Credit to Huffingtonpost.com ] |
Insurans Perubatan dan Kesihatan ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hodpital dan pembedahan. Polisi insurans perubatan ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang tentang kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Polisi insurans ini juga membolehkan anda dibayar sejumlah wang ketika anda dalam tempoh rawatan di hospital.
Untuk melihat senarai penuh, klik sini
Panduan Memilih Insurans Perubatan Dan Kesihatan Yang Sesuai
- Buat Perbandingan. Buat pilihan bijak sebelum membeli polisi insurans. Buatlah perbandingan keatas polisi yang ditawarkan oleh syarikat insurans. Di Malaysia ini, ada 26 syarikat yang menyediakan Medical Card untuk Insurans Perubatan dan Kesihatan. So, buat pilihan yang bijak.
- Pilih Polisi Sesuai Dengan Keperluan. Setiap syarikat insurans menyediakan polisi yang berbeza-beza. Ada yang menetapkan had umur lebih tinggi misalnya 99 tahun, ada pula yang tiada had tahunan. Jika untuk keperluan keluarga, ambil polisi yang melindungi seisi keluarga anda.
- Pilih Premium Ikut Kemampuan. Kemampuan membayar premium adalah isu yang sangat penting. Lihat keperluan anda, kemudian lihat kemampuan membayar, adakah masih mampu atau tidak. Jika kurang berkemampuan, ada banyak lagi polisi insurans yang boleh dipertimbangkan.
- Dapatkan Maklumat Ejen Insurans. Ini memudahkan anda jika berlaku apa-apa kemasukan ke hospital. Simpan maklumat ejen insurans anda untuk dihubungi ketika kecemasan.
- Fahami Terma & Syarat. Setiap polisi ada terma dan syaratnya, fahami dengan teliti dan pastikan anda ingat pantang larang polisi berkenaan. Takut nanti benda yang anda nak claim melanggar terma dan syarat polisi.
- Baca Kontrak Polisi Dengan Teliti. Sebelum membeli, pastikan anda membaca isi kandungan kontrak terlebih dahulu.
Jenis-Jenis Polisi Utama Dalam Insurans Perubatan Dan Kesihatan
Jenis Polisi Utama 1
Insurans Hospital Dan Pembedahan – Menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi dibawah polisi insurans.
Insurans Penyakit Yang Amat Ditakuti, atau Penyakit Kritikal – Menyediakan pembayaran manfaat sekaligus apabila anda didiagnosis menghidapi salah satu daripada 36 penyakit yang anat ditakuti atau penyakit-penyakit lain yang kritikal sepertimana yang telah ditetapkan dalam polisi.
Jenis Polisi Utama 3
Permohonan Insurans Perubatan Secara Online
Semoga membantu.
Mudahnak pilih bila sudah ada perbandingan macam ni.
Pilih agen yang profesional akan memmudahkan tuntutan suatu hari kelak…
Mereka akan bertanggungjawab dari A sampai Z