Insuran Perjalanan Terbaik Di Malaysia | Ramai yang masih tertanya-tanya, apakah Insuran Perjalanan (Travel Insurance) ni? sebut nama insuran pun pasti sudah terbayang perlindungan ketika melancong ke negara luar kan..
![]() |
sumber: insuranterbang.blogspot.com |
Insuran Perjalanan, sama seperti semua polisi insuran yang lain. Insuran ini selalunya akan menyelesaikan masalah-masalah dalam perjalanan anda dan membantu dalam masa kecemasan. Insuran Perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Harga yang dibayar untuk membeli polisi insuran dikira berdasarkan umur anda, tempoh perjalanan dan tempat perjalanan.
Walaubagaimanapun, skop perlindungan sesetengah syarikat insuran menawarkan manfaat berbeza yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk anda yang sering melancong. Insuran Perjalanan ini boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian, dan sebarang gangguan semasa perjalanan anda.
Antara perlindungan yang boleh diterima untuk Polisi Insuran Perjalanan ini adalah:
- Kemalangan diri
- Belanja perubatan dan yang berkaitan
- Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan
- Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan peribadi dan wang
- Kehilangan pasport
- Liabiliti diri
- Kelewatan bagasi
- Kelewatan perjalanan
- Rampasan kenderaan
- Penghantaran pulang jenazah
22 Syarikat Yang Menawarkan Polisi Insurans Perjalanan Di Malaysia
Berikut adalah syarikat yang menawarkan insurans perjalanan(travel insurance) yang popular di Malaysia.
- ACE Jerneh
- AIG
- AXA Affin
- Allianz
- Berjaya Sompo
- Citibank
- Etiqa
- Expidea
- HSBC
- Kurnia
- Lonpac
- Liberty Inssurance
- MSIG
- Mach by Hong Leong Bank
- Maybank
- Overseas Assurance Corporation
- QBE
- RHB
- Takaful Ikhlas
- Tokio Marine
- Tune Insurance
- Zurich
Mempunyai Polisi Insuran Perjalanan yang terbaik adalah satu ketenangan ketika mengembara dan melancong di negara-negara lain. Bak kata orang, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’. Lebih baik bersedia sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku nanti.
Kaki Travel sana sini wajib ada Polisi Insuran Perjalanan ini. Rata-rata kadar bayaran bermula dari RM3 sehari (individu)/RM398 setahun (individu) dan RM820 setahun (seisi keluarga). Oleh itu, pemilihan dan perbandingan Polisi Insuran Perjalanan amatlah penting. Perkara paling utama yang perlu dilihat adalah fasal pengecualian yang tidak dilindungi oleh Polisi Insuran Perjalanan tersebut.
Untuk perbandingan Polisi Insuran Perjalanan(Travel Insurance Policy) terbaik di Malaysia, anda boleh melihat kada bayaran dan perlindungan di laman web perbandingan ini – Klik Sini