May 30, 2023

Hot Wheels Bukan Sekadar Kereta Mainan

Hot Wheels Bukan Sekadar Kereta Mainan | Bila melihat kembali kereta Hot Wheels yang telah dibeli untuk anak saya, rasa macam dah jadi colllector. Umur baru mencecah 19 bulan tapi banyak-banyak barang dalam supermaket benda ni dia tunjuk sehingga menangis kalau tak dapat.
Dan, dalam banyak-banyak warna..warna merah dan kuning juga dia pilih, mungkin kerana warna Hot Wheel tu terang menarik perhatian dia. Ada minat nak jadi Hot Wheel Collector kah? susah nak cakap sebabnya seorang collector pun tak sedar dia adalah seorang collector sehingga dia digelar seorang collector.

Ada banyak lagi model kereta yang anak saya ada, cuma masih dalam kotak/kad. Kalau dikeluarkan memang habis dikeluarkan. Cukuplah yang telah dibuka dari kad ni untuk dia main untuk umur sekarang. Kalau diikutkan, Hot Wheel ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun keatas sebab dia dah pandai jaga barang sendiri dan tak masuk mulut haha..

Hot Wheels

Tahukah anda apa itu Hot Wheels? Ianya adalah jenama kereta mainan keluaran Mattel. Mattel adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk mainan seperti Barbie. Di Malaysia syarikat pengeluar Hot Wheels ini terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Di Malaysia juga terdapat banyak Hot Wheels Collector yang mempunyai kominiti sendiri sehinggakan ada persatuan yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Di Facebook pula, memang banyak page yang mengumpulkan collector-collector ini. Antara page facebook yang pernah saya lawati adalah:

Hot Wheels Bukan Sekadar Kereta Mainan

Memang, seorang collector Hot Wheels bukan saja mengumpul model-model kereta kesukaan masing-masing malah boleh buat duit? ianya bermula dengan harga RM4.50 sehingga mencecah RM80 sebuah kereta jika kereta itu jarang ditemui dipasaran. Nampak macam bisnes kan? selain minat kumpul koleksi, seorang collector juga akan berusaha mendapatkan model yang ‘limited dan rare’.
Sebagai contoh, dua buah kereta ini…..
1969 Pink Rear-Loading Volkswagen Beach Bomb

Ciri normal : papan luncur diletak pada bahagian tepi poket sampingan kereta
Ciri paling terhad : papan luncur diletak di bahagian belakang kereta
JUMLAH PENGELUARAN : 1 (SATU SAHAJA DI DUNIA)
Harga sekarang : + RM 221,616

1995 Collector Number 271 Funny Car

Jumlah Pengeluaran : 12
Jumlah yang terdapat sekarang (carded) : 6
Harga sekarang : RM 10,773
Huh?!! besar sungguh nilai tu..
Nak jadi collector haruslah bermula dengan minat, kerana dari sisi pandangan orang lain minat ini hanya pembaziran semata-mata. Anak saya ni belum tentu boleh menjadi seorang collector, saya sebagai seorang bapa hanya boleh mendorong minat yang dia ada. Kalau saya memang bukan Hot Wheels, saya minat memancing saja haha..

Walau apapun yang kita minati, jika ianya memberi kepuasan dan ketenangan pada diri kita..saya pesan, teruskan! kerana ia boleh menjadi terapi semulajadi untuk relakskan minda.

3 thoughts on “Hot Wheels Bukan Sekadar Kereta Mainan

  1. nanti boleh buat frame box gantung dkt dinding bila dia nk main baru amik pas main gantung semula.. bnyk juga tu yer mainan hot wheel dia tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *