May 31, 2023

Hero Borneo Team (HBT) Bukan Sekadar Blogger

Hero Borneo Team (HBT) – Social Media Blogger | Sejak bergiat aktif semula dengan blog sejak Jun 2016, saya langsung tak menyangka boleh berkolaborasi dengan blogger-blogger hebat di Sarawak ini. Mereka yang saya maksudkan adalah blogger Hanafi dan Ishak Hasimi yang berpengalamn luas dalam dunia blogging hampir 4 dan 7 tahun.
Pengalaman yang berharga ini, digunakan pula untuk menubuhkan satu projek yang bakal menjadi viral dikalangan peniaga dan pengusaha yang mahukan khidmat mempromosi atau mem’viral’kan produk mereka. Penubuhan Hero Borneo Team atau lebih mesra dipanggil HBT adalah bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga tempatan  dan individu yang mahukan produk jualan mereka dikenali ramai.

Minggu yang lepas, sempat juga bertemu dengan pengasas blog heroborneo.com dan juga mrhanafi.com yang memang peramah orangnya. Jika dilihat sekali pandang, wajahnya seiras Qi Razali.

Walaupun pertemuan singkat dengan Tuan Hanafi, tapi ia sudah cukup untuk memberi penerangan ringkas tentang matlamat Hero Borneo Team (HBT). Sebenarnya, beliau tengah bertugas ketika ini, tapi sempat juga mengambil gambar bersama beliau.
Selain blogger Hanafi, seorang lagi rakan blogger yang boleh tahan segaknya. Beliau mungkin anda kenal, tak lain dan tak bukan, beliau adalah blogger Ishak Hasimi pengasas blog Ishakhasimi.com. Saya belum berkesempatan berjumpa dengan beliau.
Rasanya tak lengkap jika wanita tidak ada dalam Hero Borneo Team (HBT), maka saya kenalkan anda dengan seorang lagi blogger wanita yang cantik dan amatlah peramah orangnya. Blogger Malaysia pastinya kenal dengan Cik Akak ini, Cik Akak adalah penulis blog Sweetyzhanieyz83.blogspot.my yang berasal dari Sibu, Sarawak.
Kami sangat mengalu-alukan penyertaan blogger-blogger yang bermastautin di borneo khususnya daripada Sarawak untuk sama-sama bergabung tenaga dengan kami untuk menggerakkan Hero Borneo Team (HBT).

Antara perniagaan dan produk yang pernah diselongkar oleh Hero Borneo Team (HBT) adalah:
Ini hanyalah permulaan, kami menjangkakan lebih ramai peniaga dan individu diluar sana memerlukan perkhidmatan kami. Setakat ini, kami Hero Borneo Team masih berempat iaitu…

Mr Hanafi – Penulis Blog [ http://mrhanafi.com/ ]
Mr Ishak – Penulis Blog  [ http://ishakhasimi.com/ ]
Mr Elih – Penulis Blog [ http://www.elihjapahar.com/ ]
Cik Akak Nao Mei – Penulis Blog [ http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/ ]

Jika ada yang sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami di Hero Borneo Team boleh ajukan permintaan ke email heroborneoteam@gmail.com atau bagi yang belum likes Fanpage kami sila ke : Hero Borneo Team ataupun  layari mana-mana laman blog di atas.

2 thoughts on “Hero Borneo Team (HBT) Bukan Sekadar Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *