Betulkah GST sudah dimansuhkan atau akan dimansuhkan? Kita semua rakyat Malaysia tahu isi kandungan senarai Manifesto Pakatan Harapan yang menjadi Kerajaan sekarang ni. 10 Janji 100 Hari ! Ada orang yang tak sabar menanti janji ini ditunaikan. Ibarat pasangan yang baru bernikah, nikah hari ni, esok sudah nak baby..
GST Mansuh 1 Jun 2018 ?
Tular di media sosial Facebook, Twitter, Whatsapp dan Telegram megenai satu siaran media kononnya dari Kementerian Kewangan Malaysia yang mendakwa bahawa Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan bermula 1 Jun 2018.
Kerajaan belum menetapkan tarikh pemansuhan GST
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia :
Siaran media yang menyatakan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan dimansuhkan serta merta pada 1 Jun 2018 dan tiada cukai baharu akan dikenakan sepanjang 2 tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan adalah tidak benar.
Pada masa ini Kerajaan belum menetapkan tarikh pemansuhan GST. Sehubungan itu semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi perundangan semasa dengan mengenakan GST seperti yang ditetapkan.
Semak Kesahihan Berita Yang Diterima
Anda jangan lupa, ada saluran yang sahih untuk mengesahkan kenyataan ini betul atau palsu. Keliru dan rasa tidak pasti? layari www.sebenarnya.my untuk membuat aduan dan semakan berita.
Sumber:
Pastikan kesahihan berita dulu baru share ya..
Bagi masa untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan 10 Janji 100 Hari mereka. Sabar ya..