Pada ketika ini, semakin ramai yang sedar akan manfaat dan kelebihan sarang burung walit terhadap perubatan dan kecantikan. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar akademik dan sains yang membuktikan keupayaan sarang burung walit dalam perubatan dan kecantikan.
Bercakap mengenai manfaat kepada kecantikkan, terdapat pengasas produk kecantikan yang memanfaatkan kelebihan yang ada pada sarang burung walit. Kita semua tahu, sarang burung walit merupakan “Gen Kecantikan” yang terdiri daripada hormone peptide yang sangat penting yang dikenali sebagai factor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit (”EGF”). EGF memainkan peranan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan.
Ia meransang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
Tidak hairanlah banyak produk yang dihasilkan berasaskan sarang burung walit berupa produk minuman, produk makanan, produk kosmetik dan sebagainya.
Feea Beauty Skincare Manfaatkan Sarang Burung Walit Untuk Membantu Mencantikkan Kulit
Pada kali ini, saya berpeluang bertemu dengan seorang Founder Produk Skincare, Joana J Abdullah yang menarik perhatian saya ketika Minggu Usahawan Sabah (MUS 2019) yang berlangsung di Sabah Trade Center 12-15 Disember yang lalu.
Produk berasaskan ekstrak sarang burung walit asli yang diperkenalkan ini jika dikaji dengan teliti ianya produk yang sangat-sangat bermanfaat untuk penggunanya. Banyak produk Original Birdnest yang kita jumpa diluar sana, namun berbeza dengan Produk Original Birdnest yang dikeluarkan Feea Beauty Skincare ini, ianya dihasilkan oleh Kilang Kosmetik dan juga Makmal R & D Kosmetik yang mempunyai Chemist Bertauliah di Sabah.
Feea Beauty Skincare, diasaskan oleh wanita bekerjaya dan juga usahawan tempatan Sabah. Dia nekad untuk mengembangkan lagi perniagaannya ke seluruh Malaysia, dan jika produk birdnest ini mendapat sambutan yang menggalakan, beliau mahu melihat produk ini dikenali sehingga ke luar negara.
Produk Keluaran Feea Beauty Skincare
Terdapat beberapa produk yang dikeluarkan Feea Beauty Skincare. Dibawah ini adalah senarai produk birdnest tersebut serta kebaikannya.
1. Bridnest Cleanser
Kebaikan Birdnest Cleanser
- Menghilangkan jerawat/parut jerawat
- Menghilangkan blackhead & whitehead
- Mencerahkan kulit yang kusam/gelap
- Mengurangkan kedutan dan penuaan
- Mengawal minyak berlebihan
- Membersikan secara mendalam
- Mengurangkan masalah pigmentasi
- Seragamkan tona kulit tidak sekata
- Mengekalkan kelembapan kulit
2. Toner Birdnest Essence
Kebaikan Toner Birdnest Essence
- Membantu merawat jeragat dan kulit kusam
- Mampu membersihkan secara perlahan dan menghapuskan sel-sel mati tetapi kekal melindungi kulit dengan memberi keanjalan pada kulit agar tampil awet muda
- Menghaluskan pori-pori yang terluka
- Menegangkan kulit wajah
3. Serum Birdnest
Kebaikan Serum Birdnest
- Menyihatkan dan mencantikkan kulit
- Merawat kulit dan menghasilkan sel kulit baru
- Kulit lebih glowing
- Mengatasi kulit muka kusam
- Anti-ageing
- Menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit
- Mengandungi kolagen yang tinggi untuk menganjal dan menegangkan kulit muka
- Menghilangkan parut dan bekas jerawat
- Menghilangkan pigmentasi dan jeragat kulit dengan pemakaian yang konsisten
- Mencerahkan dan melembutkan kulit
- Menjadikan tona kulit lebih sekata
- Mengecilkan liang pori terbuka
4. Birdnest Day Cream( SPF 50 Sunblock)
Kebaikan Birdnest Day Cream
- Melindungi dan menyokong kulit daripada bahaya sinaran matahari dengan formulasi SPF50
- Membantu mencerahkan kulit secara optimum dan semulajadi
- Formulasi tidak berminyak agar mudah diserap untuk menghidratan dan pelembap yang baik
5. Birdnest Night Cream
Kebaikan Birdnest Night Cream
- Mengembalikan kelembapan kulit wajah
- Mendorong pemulihan sel kulit yang terkena sinaran matahari waktu siang
- Mengembalikan keanjalan kulit dengan kolagen yang tinggi dan semulajadi daripada birdnest
- Formulasi dengan vitamin E sebagai antioksidan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan
Kepentingan Sarang Burung Walit dalam kecantikan memang tidak dapat kita sangkal keberkesanannya lagi. Kajian demi kajian dijalankan untuk menghasilkan produk berkualiti untuk membantu wanita-wanita menyerlahkan kecantikan mereka. Maka, terhasillah produk Feea Beauty ini untuk memenuhi keperluan tersebut.
Anda bukan sahaja boleh mendapatkan produk ini dengan harga mampu milik, malah anda yang berminat dengan perniagaan drosphip atau sebagai agen untuk menjana pendapatan sampingan atau menambah produk jualan kedai anda, boleh menyertai empayar perniagaan produk birdnest daripada Feea Beauty Skincare.
Pencarian Agen Dropship Seluruh Malaysia
FOUNDER Feea Beauty Skincare, Joana J Abdullah berkata dia membuka peluang untuk agen dropship atau stokis dari seluruh Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan melalui produk Feea Beauty Skincare ini.
Jika ada yang berminat menyertai program agen/dropship Feea Beauty Skincare, terus klik pautan dibawah untuk dapatkan maklumat lanjut.
wah..macam-macam sekarang ni kan, pernah minum bird nest, tapi tak pernah lagi try kosmetik dari sarang burung ni..