Adakah anda sudah yakin dengan resume yang kemas dan cantik lengkap dengan pengalaman bekerja, anugerah, dan CGPA yang tinggi semasa di Universiti? Penulisan resume yang betul mungkin boleh menggambarkan keperibadian anda, tuliskan mengikut kesesuaian jawatan yang dipohon dan cuba elakkan beberapa perkara yang membosankan didalam resume anda.
Bagi anda yang sudah menghadiri banyak temuduga, anda pasti tahu mana satu point yang akan ditanya didalam resume tu yang ‘alamak, lebih baik saya tak masukkan dalam resume..susah betul nak jawab‘ atau ‘menyesal betul masukkan point tu, penemuduga tu asik tanya tu je‘…mungkin anda terlepas pandang, semak semula resume anda jika dah terbiasa masukkan semua ini pastikan anda ubah sekarang kalau nak penemuduga ambil anda bekerja dengan mereka.
Untuk membantu anda, saya senaraikan 5 perkara penting yang TIDAK PERLU dimasukkan ke dalam resume permohonan kerja anda.
1 – Elakkan Penggunaan Ayat Membosankan, Panjang Dan Hambar
Sekiranya anda menyenaraikan pengalaman bekerja dan jawatan yang disandang. Pastikan anda menggunakan ayat yang pendek dan jelas menerangkan apa tugas dan tanggungjawab anda dalam syarikat tersebut. Sebagai contoh, ‘saya bertanggungjawab mengawal selia inventori dibahagian IT syarikat‘, jika anda pendekkan kepada ‘mengawal selia inventori IT syarikat‘. Ayat yang pendek tapi menerangkan tugas utama anda di syarikat tersebut tapi bukan menghuraikan sehingga membosankan penemuduga.
2 – Jangan Gunakan Ayat Ini Dalam Menerangkan Kemahiran/Skills Anda
Kebanyakkan orang mendedahkan secara tidak sengaja kelemahan semasa temuduga. Disebabkan terdesak mahu diambil bekerja, anda masukkan ayat-ayat ini dengan tanggapan bahawa anda adalah calon terbaik untuk mereka. Tanggapan ini salah, ini kerana ayat ini telah dipakai hampir kebanyakkan resume.
Apakah ayat tu? ‘I am great at multi-tasking’, I am team player, who also works well alone’, ‘I am perfectionist’, ‘I am a people person’ …
Cuba elakkan! lebih baik anda tekankan skill seperti bijak menguruskan masa, bijak menyelesaikan masalah, pakar dalam bidang IT atau sebagainya..
3 – Cuba Rahsiakan Umur Anda
Ada sesetengah majikan melihat pada umur minimum dan maksimum seseorang calon. Ini berkaitan dengan pengalaman, produktiviti dan kesesuaian anda dengan jawatan itu. Cuba rahsiakan umur anda, letak nombor kad pengenalan pun penemuduga dah tau umur anda. Cuba elakkan untuk memasukan pengalaman melebihi 10 tahun, tarikh lahir, pengalaman belajar atau latihan melebihi 10 tahun.
4 – Elakkan Menggunakan Email Orang Lain/Email Pelik
Ini bukan masa nak buat lawak, atau nak pinjam-pinjam email orang lain. Penemuduga akan tahu anda bukan seorang yang menitikberatkan hal-hal penting macam ni. Email merupakan platform untuk komunikasi dengan anda. Bayangkan jika anda gunakan email, orangkayabaru1999@gmail.com nampak profesional tak? tidak kan? lebih baik anda gunakan email yang menggunakan nama anda sendiri, misalnya elihjapahar@gmail.com. Baru lah nampak tulen, bukan ‘orangkayabaru’..hehe..
5 – Elakkan Untuk Senaraikan Semua Aktiviti Yang Diikuti Di Kolej/Universiti
Penemuduga nak tengok latar belakang pendidikan, aktiviti dan anugerah yang anda pernah dapat di Kolej/Universiti tapi bukanlah semuanya perlu dimasukkan dalam resume. Resume yang terbaik adalah 1 muka surat sahaja. Jika disenaraikan semua aktiviti anda mungkin 3 mukasurat pun tak cukup kan? So, apa yang perlu anda buat adalah tuliskan CGPA, 10 peratus aktiviti, 10 peratus pencapaian/anugerah, dan training/latihan yang pernah dibuat sekiranya relevan dengan jawatan dipohon.
Ada perkara yang sangat perlu dan tak perlu dalam resume ini. Elakkan perkara membosankan penemuduga, cuba tonjolkan diri anda semasa ditemuduga, jawab dengan jujur dan pamerkan karisma yang sebenar diri anda, be yourself! Paling penting, elakkan penipuan maklumat dalam resume anda.
Saya tahu banyak betul panggilan temuduga oleh pihak SPA sekarang ini. Mungkin anda dah dipanggil atau ‘bakal dipanggil’.
Nasihat saya tak perlu tunggu dipanggil. Buat persediaan seawal mungkin! Ada 2 perkara yang anda kena siap sedia;
1 – Belajar dan sediakan resume terbaik anda
2 – Belajar dan berlatih skill temuduga anda
Jika tanya saya nak guna rujukan apa? Ini rujukan yang anda boleh guna;
Temuduga: Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jap jap jap..! Cuba semak link ni, anda boleh dapatkan kedua-dua rujukan ni dengan harga diskaun;
Salam sukses!
nanti mau buat rujukan, mana la tau apply kerja lain..haha great sharing bro