May 31, 2023

Doktor Ini Kongsi Bahaya Makan Mee Segera 3 Kali Seminggu

Bila teringat zaman persekolahan dulu, tidak saya nafikan mee segera adalah makanan “penyelamat” ketika duit belanja kering. Nak minta kirim mak ayah pun belum dapat lagi sebab masa tu LIGS hanya datang membeli getah kepingan pada hujung bulan. Kesan memakan mee segera tu nombor 2, asalkan boleh survive di asrama pada masa tu.
Bahaya Makan Mee Segera 3 Kali Seminggu Untuk Kesihatan
Hari ni baru lah tahu kesan bahayanya memakan mee segera secara berlebihan. Ikuti ulasan Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui status akaun facebooknya semalam.

Dr Zubaidi Hj Ahmad – “Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mee segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain yang boleh didapati”.

Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE 
  1. Rebus mee di dalam periuk air.
  2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
  3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
  4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.
  5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.

Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
MSG ialah ‘Mono Sodium Glutamate’ sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.
  1. Perasa
  2. Pewarna
  3. Penaik
  4. Penstabil
  5. Pemanis
  6. Pengawet

Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita. #HealthDrZubaidi
P/s: Diharapkan jika anda membaca artikel (status Dr Zubaidi) ini, anda boleh mengurangkan makanan mee segera serta merta untuk kesihatan anda.
Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *