Contoh Surat Permohonan Pelepasan Membawa Kereta Dari Bank. Ramai orang bertanya, apa itu Surat Pelepasan atau Surat Kebenaran Membawa Kereta daripada Bank? Bagi anda yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan pastinya perpindahan ke negeri-negeri diseluruh negara adalah perkara biasa.
Namun, jika kali ini adalah perpindahan kali pertama anda, Surat Pelepasan dari bank ini mungkin anda tak tahu. Surat pelepasan atau kebenaran daripada bank ini hanya terpakai kepada pemilik kereta yang masih mempunyai baki pinjaman dengan pihak bank. Jika bayaran sudah diselesaikan, maka anda tak perlukan surat ini lagi.
Contoh Surat Permohonan Pelepasan Kereta Dari Bank
Ini adalah contoh Surat Permohonan Pelepasan atau Consent Letter daripada Bank yang saya buat. Ada kemungkinan pihak forwarding tak akan bagi tau mengenai surat ini tetapi surat ini akan diminta oleh staf syarikat forwarding ketika mereka datang packing barang dan kereta anda nanti.
Ini adalah contoh Surat Permohonan Pelepasan atau Consent Letter daripada Bank yang saya buat. Ada kemungkinan pihak forwarding tak akan bagi tau mengenai surat ini tetapi surat ini akan diminta oleh staf syarikat forwarding ketika mereka datang packing barang dan kereta anda nanti.
Untuk memudahkan anda, saya kongsikan dengan anda contoh surat pelepasan bank yang simple dan mudah difahami.
![]() |
Contoh Surat Permohonan Pelepasan Membawa Kereta Dari Kuching Ke Kota Kinabalu |
Ini adalah contoh Surat Pelepasan atau Consent Letter daripada bank untuk membawa kereta ke satu tempat tidak kira lah ke Sabah, Sarawak atau Malaya. Ketika anda membawa surat permohonan pelepasan bank ini ke mana-mana cawangan bank, pastikan anda membawa:-
- Salinan Surat Arahan Perpindahan (jika kakitangan kerajaan)
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sebut Harga Syarikat Penghantaran (Forwarding Agent)
- Salinan Geran Kad (Jika ada)
Kemukakan permohonan dengan mengisi borang yang akan diserahkan oleh pegawai khidmat pelanggan bank dan bayaran sebanyak RM20 akan dikenakan. Adalah diingatkan, jika terdapat tunggakan bulanan bayaran pinjaman kereta anda, pastikan bayar terlebih dahulu. Ianya mungkin boleh menjejaskan permohonan anda.
![]() |
Contoh Surat Kebenaran/Pelepasan Dari Pihak Bank |
Tujuan surat pelepasan dari bank ini adalah untuk memberi kebenaran kepada pemilik kenderaan membawa kereta tersebut dengan melalui Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di pelabuhan nanti. Untuk prosedur hantar kereta ke Sabah, Sarawak atau Malaya, saya akan kongsikan kemudian.
Semoga bermanfaat!
tunggakan mesti clear baru hati boleh senang..
ps: macam mana jadi blogger Sabah..ok tak..?
terbaiklah adanya contoh nih
best nya elih sharing contoh surat ni..
terima kasih kerana share bro
Sekurang2nya boleh membantu mereka yang meemrlukan contoh surat ini.
Betul tu tuan Hanafi.
Blogger Sabahan boleh tahan..kbanyakkanya blogger wanita hehe
Best ke? ohh.. terima kasih Anum Abdullah hehe
Sama2 tuan Mus !hehe
assalammualaikum..mohon pertanyaan, sekiranya wakil yang hendak bwa kereta milik owner ke sabah, prosedur dia tetap sama?maksud saya , kereta itu atas nama kakak saya tapi saya yang akan guna dan bawanya ke sabah. so ada ke prosedur lain yang perlu saya atau kakak saya sediakan?
Sekiranya wakil, pastikan ada surat kuasa atau kebenaran dari owner asal. Tapi, sekiranya semua urusan diatas telah selesai, boleh dibawa dgn menyerahkan dokumen saja.
Surat wakil tu mesti mention nama penuh, nombor kp dan hubungan awak dgn dia.
Salam tumpang Tanya. Berkenanan dgn wakil pnghantaran kenderaan ke sabah sarawak dokumen seperti surat wakil penghantaran hendak peroleh dekat mana ya? Atau sama saja seperti buat surat permohonan pelepasan itu?
Salam Patricia, surat perwakilan ini awak kena buat sendiri..surat permohonan pelepasan bank ni kena buat sbb masih ada loan dgn bank, bermakna kereta puan masih hak milik bank..berbeza dgn surat perwakilan sbb awak yg minta diwakilkan, betul tak?
Boleh saya tanya. Kenapa Bank minta surat dari kastam sebelum mereka berikan surat pelepasan? saya confiuse
Oh, yeke…tak pasti prosedur yang terkini..mungkin boleh tanya bank tersebut ye
Salam ingin bertanya selalu berapa lama proses untuk bank memberi kata putus?
Time sy dulu 3 hari bekerja saja…tapi mungkin bergantung dgn piagam pelanggan bank..lain bank, lain proses kelulusan mungkin
Salam..nk tnya..klau xda surat sokongan xbole luluskah permohonan kebenaran dari bank
Kalau kereta tu di kuching, nak bawak ke sabah.. Perlu contact maybank kajang jgk ke? (loan di magbank kajang)
Pergi je Maybank untuk urusan kebenaran tu. Tak perlu ke Kajang pun.