May 31, 2023

Contoh Soalan Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Peperiksaan Online PSEE SPA

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya dipanggil menduduki peperiksaan online memasuki skim perkhidmatan awam (PSEE) yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) !
Contoh Soalan Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Peperiksaan Online PSEE SPA
Anda telah berjaya dalam tapisan awal pihak SPA dan kini tiba giliran anda membuktikan bahawa anda layak diterima memasuki skim perkhidmatan awam. 
Bagaimana anda nak buktikan? Jawab soalan peperiksaan online dengan bersungguh-sungguh !
Buatlah persediaan awal menduduki peperiksaan online PSEE ini..

Panduan Menjawab Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online (PSEE) SPA

Untuk makluman calon, setiap jawatan yang ditawarkan dalam portal SPA mempunyai kriteria dan tugas yang berbeza-beza. Peperiksaan tu kadang-kadang tidak sama diberikan. Ada peperiksaan yang perlu jawab soalan ketiga-tiga bahagian/seksyen, ada juga juga hanya 2 bahagian/seksyen dan ada yang hanya Ujian Psikometrik untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.
Lazimnya ada 3 bahagian yang perlu dijawab calon untuk peperiksaan online ini:-
  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan adalah 20 hingga 25 minit sahaja. 
Bayangkan jika anda langsung tak buat persediaan?!

Contoh Soalan Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Peperiksaan Online SPA

Ramai yang gagal peperiksaan online ni..mengapakah mereka GAGAL? Ini disebabkan kurangnya persediaan awal oleh calon peperiksaan. Ada calon yang tergamam tengok soalan matematik yang rumus pun tak ingat!
Soalan menguji calon untuk membuat dan menyelesaikan sesuatu soalan dengan data yang diberikan juga diberikan dalam seksyen b daya menyelesaikan masalah ini.
Sebab itulah, anda disini..saya akan cuba kongsikan dengan anda beberapa contoh-contoh soalan peperiksaan untuk Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah terlebih dahulu.

Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diajukan dengan pelbagai soalan dalam bentuk soalan kemahiran logic, menginterpretasi data, dan konsep soalan matematik.
Calon yang mahir dengan matematik ni semestinya boleh menjawab soalan-soalan peperiksaan online seksyen B ini.
Dibawah ini adalah beberapa Contoh-Contoh Soalan Seksyen B untuk Daya Menyelesaikan Masalah:-
1. Dalam satu ujian Sains, Siti menjawab 15% daripada keseluruhan
soalan dengan salah dan 34 soalan adalah betul. Berapakah jumlah soalan
dalam ujian itu?
A. 35
B. 40
C. 45
D. 50
2. Pak Aji memberi wang belanja kepada isterinya sebanyak M ringgit. Daripada jumlah tersebut isterinya menyimpan seperempat dan berbelanja sepertiga daripadanya dan baki tinggal RM9. Berapakah nilai M ?
A. RM 16.45
B. RM 17.87
C. RM 21.60
D. RM 23.00
3. Razman mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Rahman pula mendapat kurang 250 markah daripada Roslan. Manakala Roslan mendapat kurang 350 markah daripada Razman. Berapakah jumlah markah mereka?
A. 13,500
B. 13,550
C. 12,550
D. 12,500

Dapatkan Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) 

Seksyen B ini menguji calon untuk menjawab berdasarkan logic, interpretasi data dengan pengiraan dan menyelesaikan soalan matematik. Calon perlu mempelajari sedikit rumus matematik yang diajarkan diperingkat SPM/STPM.
Terdapat ebook yang kongsikan segala maklumat berkaitan seksyen ini..namun, anda perlu akan rasa berbaloi untuk mendapatkannya kerana rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan dan jawapannya.
Contoh Soalan Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Peperiksaan Online PSEE SPA

Dalam Seksyen B ini calon akan dapat:-

  1. Formula Ringkas Matematik
  2. Nota Matematik
  3. Contoh Soalan dan Jawapan

Dalam pakej rujukan ini, terdapat 70 lebih Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah yang bakal anda ketahui dan buat ulangkaji.
Untuk dapatkan nota daya menyelesaikan masalah ini, anda terus ke laman dibawah:
Walaubagaimanapun, contoh-contoh soalan ini bukan soalan sebenar atau SOALAN BOCOR! Penulis ebook ini tiada kaitan langsung dengan pihak SPA. Contoh soalan hanya boleh digunakan sebagai RUJUKAN sahaja.
Semoga dengan perkongsian contoh soalan daya menyelesaikan masalah untuk peperiksaan online SPA ini dapat membantu anda membuat persediaan awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *