Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya dipanggil menduduki peperiksaan online memasuki skim perkhidmatan awam (PSEE) yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) !
Anda telah berjaya dalam tapisan awal pihak SPA dan kini tiba giliran anda membuktikan bahawa anda layak diterima memasuki skim perkhidmatan awam.
Bagaimana anda nak buktikan? Jawab soalan peperiksaan online dengan bersungguh-sungguh !
Buatlah persediaan awal menduduki peperiksaan online PSEE ini..
Panduan Peperiksaan Online (PSEE) SPA
Untuk makluman calon, setiap jawatan yang ditawarkan dalam portal SPA mempunyai kriteria dan tugas yang berbeza-beza. Peperiksaan tu kadang-kadang tidak sama diberikan. Ada peperiksaan yang perlu jawab soalan ketiga-tiga bahagian/seksyen, ada juga juga hanya 2 bahagian/seksyen dan ada yang hanya Ujian Psikometrik untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.
Lazimnya ada 3 bahagian yang perlu dijawab calon untuk peperiksaan online ini:-
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan adalah 20 hingga 25 minit sahaja.
Bayangkan jika anda langsung tak buat persediaan?!
Contoh Soalan Seksyen A Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA
Ramai yang gagal peperiksaan online ni..mengapakah mereka GAGAL? Ini disebabkan kurangnya persediaan awal oleh calon peperiksaan. Ada calon yang tergamam membaca soalan yang “pelik”, tak tahu dasar-dasar Kerajaan, tak tahu tentang undang-undang negara dan menguji kemahiran membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
Sebab itu, anda disini..saya akan cuba kongsikan dengan anda beberapa contoh-contoh soalan peperiksaan untuk Seksyen A – Pengetahuan Am terlebih dahulu.
Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon akan diajukan dengan pelbagai soalan berkaitan Undang-Undang Negara, Perlembagaan, Parlimen, DUN, Dasar-Dasar Negara, Rukun Negara dan Luar Negara serta Isu-Isu terkini dalam dan luar negara.
Calon yang mahir dengan pengetahuan ini semestinya boleh menjawab soalan-soalan peperiksaan online seksyen A ini.
Dibawah ini adalah beberapa Contoh-Contoh Soalan Seksyen A untuk Pengetahuan Am:-
1. Badan penyelaras utama di peringkat negeri yang menggerakkan
kuasa eksekutif adalah
A. Menteri Besar
B. Ketua Menteri
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan
D. Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Senator
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat
3. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.
A. Mahkamah Sesyen
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Persekutuan
D. Mahkamah Rayuan
4. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara
5. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :
A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
Dapatkan Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
Berbeza dengan seksyen peperiksaan lain, seksyen A ini menguji calon samada tahu atau tidak dengan isu tersebut. Jadi, seksyen A ini sebenarnya perlu dihafal dan difahami !
Terdapat ebook yang kongsikan segala maklumat berkaitan seksyen ini..namun, anda perlu akan rasa berbaloi untuk mendapatkannya kerana rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan dan jawapannya.
Dalam Seksyen A ini calon akan dapat:-
- Nota Ringkas Pengetahuan Am
- Contoh Soalan dan Jawapan
Dalam pakej rujukan ini, terdapat 90 lebih Contoh Soalan Pengetahuan Am yang bakal anda ketahui dan buat ulangkaji.
Untuk dapatkan nota peperiksaan pengetahuan am ini, anda terus ke laman dibawah:
Walaubagaimanapun, contoh-contoh soalan ini bukan soalan sebenar atau SOALAN BOCOR! Penulis ebook ini tiada kaitan langsung dengan pihak SPA. Contoh soalan hanya boleh digunakan sebagai RUJUKAN sahaja.
Semoga dengan perkongsian contoh soalan pegetahuan am untuk peperiksaan online SPA ini dapat membantu anda membuat persediaan awal.
P/S: Untuk calon peperiksaan Bulan Januari dan Febuari 2020, anda boleh semak penjadualan peperiksaan online di portal SPA8i. – Semak sini