“Boss, Coconut Shake berapa cup?” selalunya saya pesan 3 cup untuk anak dan isteri di rumah. Kadang-kadang bila terlambat sikit hanya 1 cup saja yang saya sempat beli. Itupun cup kecil…huhu!
Coconut Shake memang sedap diminum, tambahan pula jika cuaca panas terik. Bukan Coconut Shake saja yang dijual, malah air oren, air kelapa segar, air bandung dan jelly kelapa.
Kebiasaannya, gerai ini dibuka pada waktu tengah hari. Dan, saya mula perasan abang ni dah tambah coldbox 2 lagi extra untuk Coconut Shake..wah! bisnes banyak laku bang?? kalau singgah beli air pada jam3-4 petang, lihatlah air dalam balang tu..dekat nak habis..
Dengan izin brader ni, saya sempat snap gambar depan gerai dia. Tak dapat nak sembang sebab parking betul-betul ditepi jalan raya, banyak kereta yang lalu tempat ni.
Lokasi Gerai Coconut Shake Matang Jaya
Sekiranya ada sesiapa orang Kuching, Sarawak yang berminat membeli Coconut Shake brader ni..silakan datang di Matang Jaya dan cari Everise Mall. Gerai ini berada di depan Everise Mall sahaja. Senang cari…banner besar tu hehe..
Panduan Bisnes Jual Coconut Shake/Air Balang
Mulakan bisnes jual air sekarang dan jana pendapatan RM7K sebulan – Berminat dengan bisnes ini? Klik sini
P/S: Semoga bisnes brader ni lebih maju di masa akan datang, saya salah seorang pelanggan tetap anda..
Saya pun mak cuba satu