Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Di JPJ | Hampir setiap tahun, ada saja penambahbaikan yang dilakukan pihak kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat Malaysia.
Dulu, kita mohon passport baru kena tunggu 3 hari hingga seminggu. Sekarang, passport boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam sahaja. Nak buat lesen pula, kita dikehendaki membawa gambar berukuran passport berlatar belakangkan biru, kemudian putih…tetapi sekarang, 5 minit pun boleh dapat lesen dengan mesin yang sudah canggih.
Baca juga – Cara Semak Market Value Atau Harga Pasaran Kereta
Dulu, nak tukar nama atau hak milik kenderaan samada kereta ataupun motosikal…kedua belah pihak (pemilik asal dan pemilik baru) perlu hadir ke mana-mana kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menandatangani borang pindah hak milik.
Namun, sekarang ini..cara tukar nama hak milik kenderaan lebih mudah….terdapat 2 pilihan untuk anda, pilihan ini atas persetujuan bersama..
- Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal secara berasingan atau bergilir-gilir.
- Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal bersama, kedua pemilik asal dan baru hadir bersama.
Saya akan cuba terangkan langkah demi langkah dibawah ini, caranya adalah:
Langkah 1: Selepas urusan jual beli motosikal selesai, anda harus dapatkan salinan kad pengenalan pembeli atau snap saja kad pengenalan itu menggunakan hp anda. Anda boleh serahkan Geran Kad kenderaan tersebut kepada pembeli. Jika jual beli kereta, pemilik asal perlu menjalankan pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu dan bawa salinan puspakom ke kaunter JPJ.
Langkah 2: Anda pergilah ke kaunter JPJ (tanpa kehadiran si pembeli). Dan, minta Borang JPJK3(Pind. 1/2014) – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar/Pemunya Baharu.
![]() |
Download Borang JPJ K3 – DOWNLOAD |
Langkah 3: Isikan Borang JPJK3(Pind. 1/2014) dengan lengkap. Ruangan atas perlu diisikan maklumat pemilik asal , manakala rungan bawah adalah maklumat pembeli (pemilik baru).
Langkah 4: Ambil nombor giliran anda.
Langkah 5: Serahkan borang dan kad pengenalan anda kepada pegawai JPJ dan bagitau nak tukar hak milik kereta/motosikal.
Langkah 6: Anda akan diminta untuk THUMB PRINT sebagai pengesahan. Dan, SELESAI. Anda akan diberikan slip Rujukan Tukar Hak Milik, seperti dibawah.
Langkah 1 hingga 6 adalah dilakukan oleh pemilik asal (penjual) sahaja. Si Pemilik baru (pembeli) tak ada ketika ini pun tak apa.
Langkah 7: Pembeli (pemilik baru) perlu membawa borang yang sama untuk memohon pertukaran nama/hak milik kenderaan. Serahkan slip Rujukan Tukar Hak Milik seperti gambar diatas.
Baca juga – Cara Renew Lesen Memandu P, CDL Dan GDL Yang Tamat Tempoh
Langkah 8: Anda akan diarahkan untuk THUMB PRINT untuk pengesahan pemilik baru. Sijil Perakuan Kenderaan yang baru akan diprint oleh pegawai JPJ dan SELESAI.
Selepas pemilik baru sudah mendapat Sijil Pemilikan Kenderaan, dia bolehlah membeli insurans baru untuk kereta/motosikal itu atas nama dia sendiri. Kemudian, pergi ke JPJ semula untuk proses memperbaharui Cukai Jalan (Roadtax).
Langkah 7 dan 8 ni, pemilik asal tak ada pun tak apa..si pemilik asal tu dah selesai sampai langkah 6 saja.
Mudah kan?
Semoga bermanfaat.
terima kasih info nya 🙂
thanks for sharing
berapa jumlah cost yg perlu dibayar utk tukar nama?
Sama2 Cik Itah..
Sama2 Nu Zahirah..
Tidak ada sebarang cost diperlukan..ianya PERCUMA..kecuali jika anda renew insurance dan roadtax
utk urusan tukar milik bergilir2, boleh x jika penjual cop jari di jpj melaka & pembeli cop jari di jpj kl tapi guna borang yang sama?
Boleh, tak ada masalah…JPJ menggunakan sistem online..rasanya tk ada masalah..
okay.. terima kasih tuan
Sama2 tuan..
Kalu belum ade lesen kereta bleh tak kalu nak tukar nama?
Atau kena buat lesen dulu
Boleh memang boleh tapi untuk pembelian insuran,puspakom dan roadtax JPJ..perlu ada lesen, kecuali kalau lepas tukar nama, kereta simpan dulu sehingga ada lesen 🙂
salam.maaf nak tny.apa yg perlu pembeli bwk ketika berurusan dgn jpj?dan juga pembeli kena bwk apa ketika berurusan dgn jpj?
Bawa IC/KP je tuan..selepas tu urusan utk puspakom,roadtax,insuran dan makan minum ketika beratur di kaunter nanti
Klu rotex n insyuran kereta da lama mati, boleh ke pergi ke puspakom utk urusan tkar nama?…
Boleh..pastikan kereta menepati piawaian puspakom ja..
Salam tuan. Sy ada beberapa kemusykilan sebab tak pernah buat tukar nama.
Sy baru beli kereta 2nd hand, cash. Roadtax baru saja di renew oleh owner lama. 2 minggu lepas.
1. Perlu ke sy renew roadtax sekali lagi?
2. Sy ada saman polis trafik yg bukan blacklist. Boleh tak sy tukar nama tanpa bayar saman tu?
Harap dapat membantu.
Firdaus Razali: Mengikut pengalaman saya, saman kena bayar dulu kalau saman tu JPJ yang bagi. Kalau saman ekor polis, boleh je renew.
Encik kena renew insuran dan roadtax jugak sebab pemegang polisi insuran bukan awak tetapi owner lama. Jika ada apa2 kemalangan, encik tk boleh tuntut.
Harap Maklum.
Salam..
Boleh saya tanya prosedur utk tukar Nama bagi kenderaan pemilik yg tlh meninggal?? Borang jpjk3 ke?? N kos utk renew road tax n insurance baru anggaran berape yea??
Bos,owner ada kena hidupkan insurans dengan roadtax dulu ke sebelum tukar nama?
Salam..saya ingin bertanya..adakah kena buat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum membuat pertukaran nama seperti langkah2 di atas ni? 🙂
Salam. nak tanya. kalau pemilik buat tukar hakmilik ni secara berasingan, selepas selesai bahagian pemilik asal, saya sebagai pemilik asal perlu bagi slip Rujukan Tukar Hakmilik kepada pembeli ke utk urusan beliau pulak? kalau pembeli jauh, cukup sekadar saya scan dan email kpd pembeli boleh ke?
dan nak tanya geran asal perlu dikemukakan semasa bahagian pemilik asal uruskan tukarhakmilik ke tak perlu? dan perlu beri geran asal kpd pembeli tak? sebab saya tgk nanti pembli akan diberi Sijil Perakuan Pendaftaran yang baru.
Harap dapat membantu.
Terima kasih
salam..sy nk tnya kes tukar nama penjual & pembeli berjauhan. Selpas penjual pergi jpj isi borang dan thumbprint, akan diberikan surat Rujukan Tukar Hak Milik. Adakah surat tu kena serah ke pembeli untuk urusan thumbprint pembeli? Sebab pembeli berjauhan.Kalau hantar melalui email shj dan print surat tu boleh?
Jika insurance/roadtax owner lama masih valid masa tukar hak milik, owner lama boleh minta refund utk insurance/roadtax (prorate) kan? Jika ya, refund application kena buat sebelum atau selepas tukar hak milik?
Oh bukan ada bayaran rm100 utk tukar nama sebelum ni?
salam tuan..saya ada soalan berkenaan tukar nama geran kenderaan ..masalahnya 1- saya guna nama (kawan saya tapi die skrg tidak dapat dikesan,kereta saya sudah buat full settlemnt,geran ada pada saya,ic photocopy owner saya ada,macam mana saya nak tukar nama hak milik geran kenderaan tanpa owner yang dah hilang? minta bantuan tuan..kereta standard ALZA ty
Ada had umur untuk tukar nama kenderaan?
Assalamualaikum boss ,sy nk beli kereta..perlu ke buat insuran/roadtax baru kalau ia.masih hidup ?
Saye baru je pg jpj ipoh td utk tkar name geran kete..adoi..byk btoi songeh nye yg kne..die suh bwk kreta pg pspakom dlu..
Pastu insurn kne buat bru..
Sbor jele..
Nak tkar name pn ssah btoi…
Bagaimana proses pertukaran nama sekiranya motosikal lama dan rosak? Terima kasih
Bagaimana proses pertukaran nama geran motosikal sekiranya motosikal rosak,lama dah tak hidup. Terima kasih.
macm mane pulak…situasi kereta di sita…kenderaan 5 tahun tiada cukai jalan.
owner asal dah jumpe…adakah boleh buat urusan tukar name dan kluarkan kenderaan tersebut
Terima kasih kerana berkongsi maklumat
Sy xde lesen.ada saman jpj.nk tukar nama sbb loan kereta 2nd baru lulus.tp guna lesen isteri.boleh ke kenderaan tu didaftar atas nama sy?
Maaf kalau process secara bergilir2.. brapa lama masa yg diberi utk si pembeli pulak ke jpj setelah pnjual selesaikn step 1-6? Dan skrg sy di sabah dn kereta di selangor… boleh ke sy scan borang rujukan pindah hak milik tersebut atau masih perlu yg original?
saya pon nak tanya benda yg sama.
tak perlu bos.
biasanya sebelum tukar milik.
Maksudnya borang yg penjual isikan itu perlu diserah/dipos kpd pembeli utk dia selesaikan urusan 7-8 kan tuan?Atau pembeli boleh isi borang baru?
Ada masa nnt akan update pasal ni.
Kereta – Ya. Kena buat puspakom dulu.
Motosikal – Tak perlu. Teruskan langkah2 diatas.
Thanks.
Kereta – Kena pergi puspakom dulu. Jika lulus, barulah pergi JPJ tukar nama.
Hantar/poskan salinan puspakom dan surat tukar nama kpd pemilik baru.
Email dlm bentuk PDF lagi bagus dan pantas. 🙂
Betul. Kereta kena puspakom dulu. Motor tak perlu.
Ikut je langkah yg saya terangkan diatas.
Dulu perlu bayar saman dulu. Tapi baru2 ni rasanya tak ada masalah. Cuba confirm dgn pihak JPJ.
Boleh. Urus puspakom dulu. Jika lulus proceed utk JPJ dan Insurans.
Secepat yg mungkin kena thumb print lah..kalau lambat, mcm mn nak ambil insurans dan roadtax 🙂
Kereta kena pergi puspakom dulu (owner asal) dan serahkan surat pemeriksaan puspakom dan tukar nama kpd owner baru..baru lah owner baru boleh thumb print.
Tak perlu bawa geran asal ke kalau penjual nak tukar nama motor?
Motosikal tak perlu pun tak apa. Tapi kalau ada salinan lebih baik, mn tau pegawai JPJ tanya.
Assalamualaikum tuan.. Nak tanya skitla.. Baru ni sy bg anak buah kereta lama saya,roadtax br hidupkan.. Kalau nak tukar pada nama dia kena ke puspakom ke?
kalau umur 16 tahun layak tukar tak nama?
bagaimana proses tukar nama utk lori, kenderaan perdagangan.. berapa yuran proses?
Salam,kenderaan kena dalam keadaan elok lah ye,kalau kenderaan itu rosak bagai mane?
Utk kenderaan persendirian, kos tukar nama RM100, dibayar di kaunter JPJ.
Ya tuan.
18 tahun tuan.
Akan dikongsikan kemudian.
Kalau rosak, mcm mn nak check puspakom tuan?? 🙂
bos kalau lori macam mana nak tukar nama..roadtad dan puspakom dah mati..owner asal jauh bleh thum ke..
Brapa lama tempoh sah laku tumbprint tu ya cik untuk mo
tosikal
Kalau saya ingin menjual kereta kepada pembeli n proses tuka nama kene buat puspakom dulu la yea…
Betul. Urus puspakom dulu!
Selepas thumb print ptukaran nama, pemilik baru adalah org yg membeli itu..selama-lamanya dlm sistem JPJ, tak ada tempoh sah laku kot hehe..
Boleh tu boleh tapi urus puspakom dulu ye.
salam tuan nak tanya..pemilik lama dah thumbprint.dan semua doc pada saya (pemilikbaru).tapi belum thumbprint..ada tempoh masa diberi ke dari waktu owner lama thumbprint ke pemilik baru?sebab khamis cuti merdeka+raya haji isnin pulak cuti menang sea game.
Tempoh tumprit 7hari.. Jd hari selasa gn rabu ni blh pi tumprit.. Klau lebih orner lama kena buat tumprit semula.. X silap sy la..
Assalam. Kalau saya nak beli insuran utk motor saya dan nak tukar nama boleh ke kalau tiada lesen?
Saya baru beli motor melalui pinjaman aeon credit.Nama saya juga sudah tercatat dalam Sijil Pemilikan Kenderaan(VOC). Tetapi, pihak kedai mengarahkan saya untuk mengisi borang JPJK3 (Pertukaran Milikan Kenderaan Sukarela) di bhg A(Pemunya Berdaftar), tetapi butir-butir di bhg B(pemunya baru) tidak diisi.
Saya jadi musykil..adakah motor tersebut akan dipindahmilik kepada pihak lain?
salam encik..semasa isi borang tersebut, jika mengikut langkah 1-6 tanpa pembeli, bagaimana dengan tandatangan bhgian pembeli? pembeli tggl jauh dr penjual..
salam..berapakah bayaran utk proses tukar nama motorsikal?
slm tuan, kalau penjual uzur- ada cara tak supaya penjual/pemilik tak perlu pergi JPJ?
Salam encik. Saya pembeli kereta secara tunai. Penjual baru selesai buat puspakom. Belum buat pertukaran nama di jpj. Sebagai pembeli boleh tak saya buat dulu insurance sebelum penukaran nama di jpj? Untuk menjimatkan masa dan saya kena pandu terus kereta tu lepas tukar nama.
Atau kena tukar nama dulu baru boleh buat insurance?
Assalamualaikum tuan.. saya nak tanya beberapa soalan. saya ada beli kereta 9thn dulu atas nama kakak saya. Kareta pon dh settlement 6buln lepas.cume geran jer masih blum ambil di bank. So sekarang saya ingat nak jual kereta tu tapi rotex dan insuran saya baru je renew. Bole tak tuan bantu ape step2 yg perlu saya buat. Tq
Assalam.. Nak tanya kalau saya nk tukar nama kenderaan motorsikal kepada yg membeli tu tapi sangkut 3 saman. Bagaimana ye nk kena seetle kan?
Terima kasih sebab tolong jawabkan.
Perlu lesen sekurang-kurangnya lesen L tuan. Kalau tak ada, ambil dulu. Jangan menunggang motor tak ada lesen pulak.
Tuan, sila contact kedai tu. Saya tak tau masalah awak tanya kat sini pulak?
Thumb print jer tuan Tanpa Nama.
Nak tukar nama penjual uzur macam tukar nama
Sy lmbt tukar nma.dh msk puspakom smula.owner lama perlu thumbprint sekali lagi kah..
Sy lmbt tukar nma.dh msk puspakom smula.owner lama perlu thumbprint sekali lagi kah..