March 22, 2023

Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus

Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus | Selepas membuka akaun dan membuat bayaran bulanan didalam akaun SSPN-i Plus, pastinya penyata bulanan dan tahunan kita akan tengok. Saya pun baru masuk ke-2 menyimpan untuk anak lelaki saya, untuk menyemak penyata bulanan amatlah mudah.

Baca – Kelebihan dan Manfaat Menabung Dengan SSPN-i Plus

Baca – Cara Membuka Akaun SSPN-i Plus Secara Atas Talian (Online)

Saya kongsikan dengan anda Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus langkah demi langkah agar anda tidak keliru nanti. Ikuti langkah-langkah dibawah:
Langkah 1: Layari laman web rasmi PTPTN – Klik Sini

Langkah 2: Pilih Icon “Semakan Penyata SSPN-i/SSPN-i Plus”

Langkah 3: Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pendeposit (Ibubapa/Penjaga)

Langkah 4: Pilih Penyata Akaun SSPN-i Plus/ SSPN-i – pilih SSPN-i Plus

Langkah 5: Jika belum mendaftar, sila “Daftar Pengguna Baru” kemudian, Log In.

Langkah 6: Pilih “Penyata” atau “Penyata Hasil”.


Langkah 7: Selesai ! dah boleh lihat Penyata Bulanan akaun SSPN-i Plus anak anda.

Penyata penambahan deposit untuk bulan lepas hanya boleh dilihat pada bulan berikutnya. Pastikan penambahan berjaya dengan melihat penyata bulanan anda.

Semoga perkongsian ini membantu anda menyemak penyata akaun SSPN-i Plus dengan mudah. Selamat menabung!

4 thoughts on “Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *