May 31, 2023

Cara Semak NCD Insuran Kereta Secara Online

Kereta tanpa insuran ibarat bunuh diri terjun bangunan tidak menggunakan payung terjun. Insuran kereta adalah jaminan kepada keselamatan anda dan memudahkan urusan membaiki kerosakkan jika terlibat dengan kemalangan jalan raya. Lagipun, tanpa insuran kenderaan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan memperbaharui Cukai Jalan (Road Tax) anda.
Jadi, sebelum menguruskan cukai jalan, insuran kereta atau motor harus diperbaharui terlebih dahulu. Pastikan diperbaharui sebelum tempoh 1 tahun kerana selepas 1 tahun kenderaan anda perlu melalui pemeriksaan Puspakom dahulu. Bayaran untuk pemeriksaan Puspakom adalah bermula RM40. 

Semak No Claim Discount (NCD) Online

Mungkin ramai yang tak tau, status insuran kereta atau motor anda boleh disemak secara atas talian. Ada platform semakan yang berbayar, ada yang percuma. Cara semakan yang saya nak kongsikan disini adalah semakan percuma sahaja. 
Cara Semak NCD Insuran Kereta Secara Online

Kita mau yang Free, tanpa sebarang caj yang dikenakan tapi boleh dipercayai..
Bagaimana buat semakan NCD?

Sudah tiba masanya anda memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta. Jika anda biasa buat pembaharuan insuran kereta setiap tahun, mungkin anda biasa dengar mengenai diskaun tanpa tuntutan atau NCD (Non Claim Discount). NCD bermaksud, anda tiada sebarang tuntutan insuran membaiki kereta dalam tempoh setahun, maka tahun berikutnya anda layak dapat NCD sehingga 25%.

Apa Itu NCD?

Sebelum saya terangkan mengenai jadual kelayakan NCD anda, saya  terangkan maksud NCD itu ! NCD adalah satu diskaun yang diberikan untuk anda semasa renew insuran kereta dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini.
Berikut adalah jadual NCD yang anda akan dapat jika rekod bersih tanpa sebarang tuntutan insuran:
TAHUN PERATUS NCD
Tahun Pertama 0%
Tahun Kedua 25%
Tahun Ketiga 30%
Tahun Keempat 38.33%
Tahun Kelima 45%
Tahun Keenam & Seterusnya 55%
Semasa renew insuran kereta atau motor anda tahun lepas, syarikat insuran telah menyerahkan satu nota perlindungan insuran (insuran cover note). Dialam cover note tersebut ada dinyatakan NCD bagi tahun tersebut. Dengan merujuk jadual diatas, anda boleh menyemak kelayakan NCD untuk tahun semasa.

Jika cover note tersebut hilang? Jangan risau, anda boleh buat semakan NCD secara online juga.

Cara Semak NCD Online

Langkah 1: Layari laman web – https://www.mycarinfo.com.my/NCDCheck
Langkah 2: Masukkan – Nombor Pendaftaran Kereta dan Nombor KP/MyKAD

Cara Semak NCD Insuran Kereta Secara Online

Langkah 3: Perhatikan Paparan ‘Next NCD Percentage’’

Mudah saja kan? Berdasarkan semakan kereta saya sendiri diatas , NCD saya pada tahun ini adalah 0% kerana pada bulan Jun lepas saya ada buat tuntutan insuran semasa terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Ketika saya terlibat dengan kemalangan, NCD saya sudah mencapai 45% dimana dalam tempoh 5 tahun tidak membuat sebarang tuntutan. Maksudnya, kos bayar insuran tahun ini naik semula disebabkan NCD 0%.

So, jika anda nak bayaran renew insuran murah, pastikan anda lebih berhati-hati memandu dijalan raya bagi mengelakkan kemalangan. Memanglah boleh claim insuran tapi bila nak renew semula, NCD jadi 0% kos pun 100%. Hurmm.

Semoga dengan perkongsian Cara Semak NCD Insuran Kereta Secara Online, bolehlah memudahkan anda membuat semakan NCD kereta anda.

4 thoughts on “Cara Semak NCD Insuran Kereta Secara Online

  1. Terima kasih sebab berkongsi. Sebelum ni tak tahu apa-apa tentang insuran ni tapi bila dah bisnes sewa kereta, terpaksa tahu semua benda benda berkenaan kereta. hihi. Saya pun guna website tu untuk check NCD. Free ja.

    P/s: Ada kesalahan ejaan "anda boleh tahun kelayakan NCD…". Tuan nak tulis tahu kan? hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *