Sejak beberapa hari ini, ada keyword ke blog ni yang cuba mencari market price atau market value semasa sesebuah kereta. Saya belum pernah buat artikel ini, tetapi berkaitan tuntutan insuran dan semakan NCD ada lah.
Memandangkan perkara ini seringkali menjadi persoalan rakan-rakan dan mungkin kita sendiri suatu hari nanti, saya akan kogsikan panduan atau cara menyemak market value atau harga semasa kereta.
Bila Perlu Semak Market Value Kereta?
Kebiasaanya, harga semasa kereta ni jadi persoalan apabila berniat nak jual kereta, nak beli kereta terpakai (second hand), dan trade-in kereta. Sebenarnya, anda boleh saja tanya kedai jual kereta di tepi-tepi jalan tu tetapi jika tidak ada ilmu sedikit untuk mengetahui harga semasa kereta sendiri takut pula kena tipu.
Kena tipu ni ada 2 kategori, kena tipu undervalue atau overvalue ja. Jika anda jual kereta dibawah market price, anda rugi untuk membayar baki loan dengan bank (jika masih ada baki loan). Manakala, jika anda beli kereta tetapi overvalue daripada harga pasaran, anda rugi untuk bayar berlebihan.
Cara Semak Market Value Kereta
Baiklah! Selepas baca cara menyemak market value kereta ini anda bolehlah jual atau membeli kereta dengan rasa yakin. Harga kereta boleh di nego, tetapi jangan terlalu jauh daripada market value semasa kereta tersebut.
Dibawah ini adalah cara estimate harga pasaran kereta yang mudah:
Langkah 1: Layari laman web – https://www.mycarinfo.com.my/MarketValue
Langkah 2: Masukkan – Tahun, Pembuat, Model, CC Enjin, Trasmisi, Jenis dan klik “GO”
Langkah 3: Pastikan maklumat kereta yang dipaparkan adalah betul. Kemudian, klik “Get Valuation” dan klik “Agree”.
Langkah 4: Lihat paparan “Market Value”.
Dalam semakan ini, Proton Saga FL 1.3CC keluaran tahun 2011 masih berharga RM14,100.00. Mungkin paparan ini berbeza dengan estimation value daripada sumber lain, namun kereta jenis ini lebih kurang dalam lingkungan RM14,000 hingga RM15,000.
Mudah saja nak check harga pasaran kereta kan?
Semoga dengan perkongsian Cara Semak Market Value Atau Harga Semasa Kereta ini memudahkan urusan penjualan, pembelian atau trade-in kereta anda.
semakin mantap penulisan infomasi ini bro..
harga kereta yang saya tahu terus turun berdasarkan tahun pembuatan..
ada kereta yang turun harga dengan sangat parlahan
oo boleh gunalah app ni
Ada beza ka tu antara market value kereta tu dengan untuk takaful? Saya check di website tuan kongsikan, value dia RM11,000++. Baru-baru ni pergi Etiqa, kata market value RM10,000. Tapi tahun sebelumnya, cover note untuk Kurnia market value dia RM8,000. Hurmmm.
Betul. Tak tertulis dlm artikel tp itulah hakikatnya.
Kan dah bagitau itu hanyalah Estimation!..sila rujuk insuran anda utk maklumat lanjut. Saya bukan ejen! hehe
Boleh. Silakan.
Terima kasih atas perkongsian menarik ini tuan.salam kenal dari saya
Sama2. Salam perkenalan.
terima kasih utk info ini. memang ada yang tak alert pun pasal ni
Good tips…
Kena buat kajian dulu sebelum membeli.