May 30, 2023

Cara Semak Dan Kemaskini Permohonan BR1M 2017

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2017 | Pada perbentangan Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kenaikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) seperti dalam jadual dibawah ini.
Bagi anda yang layak, tahniah! 
Bagi anda yang tak layak mendapat BR1M 2017 ni, jangan kecewa kerana masih ada rezeki lain selain BR1M. 
Permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah boleh dibuat bermula pada hari ini..
Tarikh Permohonan Baru dan Kemaskini Maklumat: 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016

Cara kemaskini? boleh melayari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/

Cara Pembayaran BR1M 2017


KATEGORI
JUMLAH BAYARAN
FEB 2017
JUN 2017
OGOS 2017
Pendapatan Bulanan Isi Rumah <RM3000
RM1200
RM400
RM400
RM400
Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM3001 – RM4000
RM900
RM300
RM300
RM300
Individu Bujang Bergaji <RM2000
RM450
RM450
Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula pertengahan bulan Febuari 2017. Dinasihatkan agar penerima BR1M mengemaskini nombor akaun untuk memudahkan pemindahan terus ke akaun bank penerima. Jika tiada akaun bank, anda boleh menuntut baucer tersebut di Cawangan LHDN atau Pejabat daerah dikawasan anda.


Cara Kemaskini BR1M 2017


Jika anda mahu mengemaskini permohonan BR1M bagi tahun 2017. Anda boleh lakukan melalui dua(2) cara iaitu:

  1. Secara Manual dengan mengisi borang dimana-mana Cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau di UTC LHDNM
  2. Secara Online (atas talian) melalui laman web rasmi BR1M 

Apakah yang perlu dikemaskini?

  • Maklumat peribadi yang lengkap
  • Maklumat pewaris
  • Maklumat akaun bank
  • Nombor telefon

Permohonan secara online tidak memerlukan penghantaran sebarang dokumen sokongan, namun sekiranya anda rasa layak menerima BR1M tetapi gagal? anda perlu menghantar dokumen tersebut di mana-mana Cawangan LHDNM untuk proses rayuan.
Untuk makluman, aplikasi eBR1M ini tidak direka untuk capaian peranti mudah alih. Jadi anda hanya boleh menyemak permohonan sahaja.
Semoga membantu.

One thought on “Cara Semak Dan Kemaskini Permohonan BR1M 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *