Cara Semak Baki Loan AEON Kredit Secara SMS | Kebetulan ada rakan saya baru saja membeli motosikal. Beli bukan cash tapi melalui pinjaman loan AEON Kredit. Melalui AEON Kredit hanya deposit serendah RM300 pun boleh buat loan motosikal dah. So, bila dah bayar bulan-bulan mestilah nak tahu berapa lagi baki loan dengan AEON Kredit kan?
Ramai yang nak tahu bagaimana cara untuk menyemak baki pinjaman AEON Kredit. Sebenarnya, cara untuk semak sangatlah mudah. Anda tak perlulah membazir masa dan tenaga anda datang ke kaunter AEON Kredit beratur semata-mata nak tanya baki loan. Semakan baki loan boleh dilakukan hanya melalui SMS melalui telefon bimbit anda sahaja.
SEMAKAN LOAN APA YANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI SMS?
Terdapat 3 semakan loan boleh dibuat melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Antaranya adalah:
- Kredit Kad AEON
- Easy Payment AEON-Xpress
- Personal Loan AEON-Xpress
Bila sebut AEON Kredit,tak lain dan tak bukan pemberi pinjaman peribadi, pelan bayaran ansuran untuk pembelian motosikal, kereta, barangan elektronik dan penyedia kad kredit. Hutang mana yang korang nak semak baki tu?
CARA SEMAK BAKI LOAN AEON KREDIT
Cara untuk semak baki loan semudah123! Ikuti 3 langkah mudah untuk semak balance loan korang dengan AEON Kredit.
Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1: Buka aplikasi SMS pada smartphone anda
Langkah 2: Taip kod pendek seperti ini < AEON <>KEYWORD<> 4-DIGIT AKHIR KAD PENGENALAN>
Langkah 3: Hantar mesej ke 63633
Dibawah ini adalah Short Code untuk dimasukkan kebahagian KEYWORD, sila rujuk senarai dibawah ini:
AEON Credit Card Inquiry KEYWORDS
AEON CCSTS 1234* – Application Status
AEON CCBAL 1234* – Outstanding Balance
AEON CCMIN 1234* – Minimum Payment Amount
AEON CCAVA 1234* – Available Limit
AEON CCACT 5678**1234* – Card Activation
**5678 = Last 4 digit credit card no.
*1234 = Last 4 digit new / old / I.C or passport no.
AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry KEYWORDS
AEON STS 1234* – Application Status
AEON BAKI 1234* – Outstanding Balance
AEON BAYAR 1234* – Payment Amount
AEON AKHIR 1234* – Final Payment Date
Mudah je kan? Sekarang korang dah tahu cara semak baki pinjaman AEON Kredit. So, mudahlah korang merancang kewangan dengan lebih baik lepas ni.
Nak buat full settlement aeon kredit boleh check baki dulu sebelum buat pembayaran penuh, takut nanti ada kesilapan amount masa pembayaran dan baki tu.
KADAR CAJ SMS
Walaubagaimanapun, semakan baki loan ini mempunyai caj. Normal caj adalah RM0.15 per SMS diterima. Namun, caj ini mungkin berubah mengikut rate semasa penyedia jaringan perkhidmatan.
Berminat nak dapatkan AEON i-Cash Personal Financing ? Boleh rujuk sini – iMoney .my
Sumber rujukan – https://www.aeoncredit.com.my/sms-enquiries
Semoga membantu.