Cara Renew Lesen Memandu P, CDL, GDL Yang Tamat Tempoh. Wah, ramai betul yang hantar email dengan saya yang bertanya mengenai cara untuk renew atau memperbaharui lesen memandu yang sudah tamat tempoh sah. Untuk makluman, saya bukan kakitangan JPJ ya, saya cuma rajin membaca daripada korang saja, hehe!.
Mungkin maklumat ini ramai orang nak cari sebelum pergi ke mana-mana kaunter cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan tersebut. Jangan takut kawan-kawan, JPJ tak akan saman korang kalau tak memandu time lesen memandu tu expired. Pastikan anda datang ke JPJ dengan menumpang, dan jangan memandu ya. Boleh didakwa tau!
Permohonan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
Untuk anda melakukan permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh ni, ada 3 cara yang anda boleh buat. 3 cara permohonan itu adalah:-
- Secara atas talian (Online)
- Melalui surat
- Datang ke Pejabat JPJ Negeri/Cawangan
Lesen memandu yang tamat tempoh adalah melibatkan:-
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi 1 tahun
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi 3 tahun
- Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV) melebihi 3 tahun
Terdapat 3 jenis lesen memandu yang terlibat dalam rayuan ini. Lesen memandu PDL adalah lesen memandu percubaan (P), dalam tempoh 2 tahun percubaan anda harus pamerkan sticker P dihadapan dan belakang kereta.
Baca juga – Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Di JPJ
Jika sekiranya anda, pemegang lesen percubaan P gagal memperbaharui lesen memandu kepada CDL (Competent Drivers Lisence) dalam tempoh 1 tahun selepas tempoh percubaan 2 tahun, lesen anda akan dibatalkan. Untuk makluman, menurut Seksyen 29 (1)(b) A.P.J 1987, lesen-lesen yang melebihi 3 tahun tidak boleh diterima rayuannya.
Pemegang lesen ‘P’ yang dibatalkan, boleh mengemukan rayuan memperbaharui lesen memandu mereka kepada CDL walaupun tamat tempoh melalui beberapa syarat atau alasan-alasan yang dapat dipertimbangkan, termasuk:-
- Menuntut Di Luar Negara – Jika anda sedang menuntut pelajaran di Universiti/Kolej di luar negara anda boleh memohon rayuan pembaharuan ini beserta bukti tawaran belajar dan dokumen sokongan lain.
- Masalah Peribadi – Sekiranya anda mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, anda boleh menerangkan masalah tersebut dan mungkin dipertimbangkan oleh pihak JPJ..
- Sakit/Uzur – Mereka yang tidak dapat renew lesen disebabkan penyakit atau uzur, boleh mengemukakan permohonan rayuan renew lesen, asalkan anda sertakan salinan laporan doktor dan dokumen berkaitan.
- Dipenjarakan – Ada kes lesen tidak di perbaharui kerana sedang dalam tahanan penjara. Sertakan bukti penahanan, dan dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan.
Manakala, pemilik lesen CDL (Competent Drivers License) yang tidak diperbaharui dalam tempoh 3 tahun akan dibatalkan. Rayuan untuk renew lesen memandu CDL boleh dibuat dengan hanya 2 alasan sahaja, iaitu:-
- Orang yang merayu berada diluar negara
- Orang yang merayu sedang menjalankan hukuman penjara
Malangnya, tidak ada alasan lain yang boleh dipertimbangkan lagi. Sila bawa dokumen-dokumen seperti penahanan di penjara, tiket penerbangan atau salinan passport yang mengesahkan anda berada di luar negara atau sedang dipenjarakan. Begitu juga dengan lesen memandu vokasional GDL/PSV.
Cara- Cara Permohonan Renew Lesen Memandu Tamat Tempoh
Secara Manual
- Permohonan rayuan boleh dilakukan di kaunter JPJ negeri/cawangan dan Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia.
- Kemukakan salinan kad pengenalan/pasport dan lesen memandu
- Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ negeri/cawangan atau dicetak secara “online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan.
Secara ‘Online’
- Membuat permohonan secara transaksi dalam talian (online) melalui laman web iaitu www.jpj.gov.my.
- Lengkapkan butir-butir pemohonan dalam borang online.
- Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ negeri/cawangan atau dicetak secara “Online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan.
INFO: Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/ menolak permohonan rayuan. Sekiranya berjaya, pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III. Jika permohonan tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki memohon lesen memandu sepertimana prosedur biasa.
Semoga perkongsian Cara Renew Lesen Memandu P, CDL Dan GDL Yang Tamat Tempoh ini memberikan anda panduan bagaimana proses dan dokumen yang diperlukan untuk membuat rayuan lesen memandu tamat tempoh nanti.
Baca juga – Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web JPJ Malaysia.