May 31, 2023

Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh

Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun | Sejak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Lesen Memandu yang tamat pada hari yang sama dengan tarikh lahir pemegang lesen, saya pasti tiada lagi kes terlupa renew lesen mereka. Ini kerana, sebelum langkah ini dibuat kebanyakkan orang terlupa memperbaharui lesen mereka sehinggakan mereka dikenakan caj atau denda akibat kelewatan itu.
Alkisahnya bermula apabila isteri saya terlambat renew lesen memandu hampir setahun. Bukan lupa, tapi memandangkan tinggal dengan suami, memandu bukan keperluan sangat. Hari lahir isteri saya adalah esok, tetapi renew lesen memandu baru saja semalam..haha..

Cara Renew Lesen Lewat Setahun
Tiada masalah. Cuma prepare duit lebih je untuk bayar bayaran penyelarasan. Berikut adalah langkah-langkah renew lesen memandu di UTC :-

  1. Ambil nombor giliran anda, tunggu sehingga dipanggil
  2. Sampai dikaunter, bagitau nak renew berapa tahun (RM30 untuk setahun)
  3. Buat bayaran, ambil resit dan hantar dibahagian photografi
  4. Tunggu nama anda dipanggil untuk ambil gambar
  5. Tunggu nama anda dipanggil untuk ambil lesen memandu baru anda
  6. Selesai !

Baca juga – Cara Renew Lesen Memandu P, CDL Dan GDL Yang Tamat Tempoh

Jika anda renew lesen di Pejabat Pos, gambar pada lesen akan menggunakan gambar lama. Tiada sesi fotografi untuk wajah terkini anda ye..kalau nak wajah baru terpampang pada lesen tu, sila lah ke UTC atau JPJ yang berhampiran dengan anda.
Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh
Amaun Pelarasan Tempoh ! Bukan Denda Lewat Renew 

Orang kata, bayaran tambahan itu adalah denda atas kelewatan. Tetapi, pegawai JPJ tu nekad memberitahu bayaran tambahan itu adalah bayaran penyelarasan untuk 3 hari sebelum tamat tempoh sah lesen lama. Penyelarasan ini sama nilai dengan memperbaharui lesen selama setahun.

Baca juga – Cara Buat Tuntutan Insuran Akibat Kemalangan

Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh
Lesen Baru Dengan Wajah Terkini Di JPJ UTC

Jangan risau, selagi lesen memandu anda belum tamat tempoh setahun anda masih boleh renew lesen tu. Tetapi sekiranya lesen tamat tempoh melebihi 3 tahun, anda perlu membuat rayuan secara online, bersurat atau datang sendiri ke Pejabat JPJ/Cawangan. Walaubagaimanapun, anda harus mematuhi syarat yang diperlukan untuk menghidupkan lesen CDL anda misalnya, anda perlu menghadiri sebahagian Ujian Memandu semula.

Baca juga – Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Di JPJ

Sekian untuk perkongsian cara renew lesen memandu lewat setahun dan tamat tempoh, semoga bermanfaat.

19 thoughts on “Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh

  1. Sdra renew bagi tempoh 3 tahun (RM90) kan? Saya baru renew lesen 2 hari lepas utk tempoh 2 tahun (sehingga 25/04/2019), namun bayaran yang dikenakan termasuk amaun pelarasan hanya RM60 shj. Dinyatakan pd resit saya: Item 1 dicaj RM30 (tempoh 25/04/2017 – 25/04/2019) dan item 2 (amaun pelarasan tempoh) dicaj RM30, menjadikan jumlah keseluruhan RM60. Mengapa berbeza, ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *