May 31, 2023

Cara Mulakan Pelaburan Emas Serendah RM5 Melalui Apps

Cara memulakan pelaburan emas dengan mudah, hanya melalui apps. Pelaburan merupakan perancangan kewangan jangka panjang. Jika anda masih tercari-cari pelaburan yang berpotensi tinggi menjana keuntungan lumayan, saya mencadangkan pada anda pelaburan emas yang tidak dapat dinafikan lagi pada masa kini telah ramai yang menjana keuntungan pelaburan berjuta-juta.

Cara Membeli Dan Melabur Emas Di Malaysia

Saya tahu ramai yang telah mula dalam pelaburan emas ini. Ada yang melaburkan duit melalui Bank, ada yang melabur dengan saham emas dan sebagainya. Emas merupakan pelaburan yang terbukti menguntungkan.
Cara Mulakan Pelaburan Emas Serendah RM5 Melalui Apps
Berikut adalah beberapa cara membeli dan melabur emas di Malaysia:-
  1. Emas Fizikal – Gold Coin, Gold Bullions, Gold Jewellery
  2. Akaun Simpanan Emas atau Akaun Pelaburan Emas – Akaun ini adalah akaun simpanan/pelaburan dengan bank dalam bentuk nilai wang yang sama dengan nilai semasa emas. 
Jika anda nak membeli emas dalam bentuk fizikal, anda boleh membeli di kedai emas, bank atau pengedar emas swasta yang berdaftar.
Emas dalam bentuk fizikal bukan tidak digalakkan untuk disimpan, tetapi memikirkan soal keselamatan emas anda yang disimpan di rumah, pastinya anda memerlukan peti besi untuk menyimpan barang kemas (emas) anda untuk mengelakkan kecurian atau kes rompak berlaku.
Jadi, simpanan dalam bentuk simpanan amatlah digalakkan. Bukan sahaja simpanan emas anda selamat, malah urusan penjualan atau pembelian emas atas talian juga memudahkan kita.

Akaun Simpanan Emas Terdapat Di Malaysia

Pada awal tahun 2010-an, satu-satunya tempat yang menawarkan Akaun Simpanan Emas yang  boleh dipercayai adalah Bank. Setiap bank mempunyai tawaran fees & charges yang berbeza-beza. Untuk melihat perbezaan, anda boleh melihat comparison tools yang ada di iMoney.
Pada tahun 2017 ini, saya nak perkenalkan kepada anda satu aplikasi yang menawarkan pembelian dan jualan emas secara online hanya menggunakan Apps yang boleh dimuat-turun di Apple Store dan Google Play Store iaitu HelloGold
Cara Mulakan Pelaburan Emas Serendah RM5 Melalui Apps

Tip & Panduan Mulakan Simpanan Emas Dengan HelloGold

Untuk memulakan simpanan emas anda dengan RM5, anda perlu memahami sedikit info tentang HelloGold ini.
  1. Dapatkan Simpanan Emas RM5 – Untuk mendapatkan simpanan percuma RM5 ini, anda bolehlah download aplikasi HelloGold dan masukkan kod kupon saya iaitu ‘ELIH10‘. Tiada pembelian minimum diperlukan. Anda boleh tuntut dalam masa 72 jam sahaja dan hanya lengkapkan pendaftaran pun sudah layak menggunakan kod kupon ini.
  2. Pembelian Emas Fizikal – Anda membeli emas fizikal yang akan disimpan di Singapura. Emas ini adalah 99.99% investment grade gold milik anda. Anda boleh meminta emas ini dikirimkan kepada anda atau jual simpanan anda dan wang anda dimasukkan ke akaun bank (withdraw).
  3. Beli Emas Serendah RM1 – Jika anda membeli emas ditempat lain, nilai pembeli minimum adalah 1 gram tetapi dengan HelloGold anda boleh membeli emas dengan hanya RM1.
  4. Yuran (Fees) – Bayaran pengurusan tahunan adalah 2%. Caj pembelian dan penjualan emas akan dikenakan 2% daripada nilai transaksi. Bayaran pemprosesan untuk top-up akaun anda adalah RM1.20 sahaja. Jika dibandingkan, ianya lebih kurang sama dengan fees yang bank kenakan.
  5. Elakkan Buy/Sell Emas Di Hujung Minggu – Pada ketika hujung minggu, caj Buy lebih 2% dan 2% kurang untuk Sell. Digalakkan membuat transaksi Buy/Sell pada hari-hari bekerja biasa.
  6. Simpanan Emas Patuh Syariah – Simpanan melalui HelloGold adalah mematuhi Syariah. Boleh rujuk HelloGold.
  7. Pembukaan Akaun Melalui Apps – Pembukaan akaun simpanan emas sangat mudah hanya melalui Apps HelloGold. Hanya UPLOAD gambar MyKAD(IC) depan belakang dan alamat anda (untuk pengesahan identiti anda).
  8. Pengeluaran Simpanan Melalui Apps – Pengeluaran simpanan emas boleh dilakukan hanya melalui Apps. Anda hanya perlu UPLOAD penyata akaun bank anda selama 3 bulan (untuk pengesahan akaun).

Cara pembukaan akaun simpanan emas melalui HelloGold Apps:-
  1. Download aplikasi HelloGold di Google Play Store atau Apple Store.
  2. Daftar(Sign Up) dengan memasukkan Nama dan Email. Masukkan kod yang dihantar ke email anda untuk pengesahan email.
  3. Scan/gambar MyKAD(IC) depan belakang dan ambil gambar Selfie, kemudian upload. Tunggu sehingga identiti anda disahkan.
  4. Email pemberitahuan kelulusan akan dihantar ke email anda dalam masa 1-3 hari bekerja.
  5. Top-Up akaun emas HelloGold anda menggunakan, kredit kad, Online Transfer, Online Banking dengan mudah!
  6. Pantau harga emas terkini, ketika harga emas turun, maka ketika itulah masa anda untuk membeli. Jika harga emas naik, anda boleh menjual emas tersebut dan boleh dikeluarkan ke akaun bank anda.
  7. Untuk mendapatkan Free RM5 emas, masukkan kod kupon saya ini ( ELIH10 ). Ingat! hanya kod kupon ini diterima.

Cara Mulakan Pelaburan Emas Serendah RM5 Melalui Apps
Mudah saja menyimpan menggunakan Apps ni. Saya sendiri sudah mula menyimpan melalui HelloGold sejak 5 bulan lalu. Walaupun proses pengesahan agak lambat, tetapi semua ini perlu dilakukan dengan teliti kerana untuk mengelakkan kes-kes yang tidak diingini berlaku.
Mudahnya menyimpan hanya dihujung jari ! mulakan simpanan emas anda sekarang.

3 thoughts on “Cara Mulakan Pelaburan Emas Serendah RM5 Melalui Apps

  1. Saya pun ada juga try beli emas guna apps ni.. lebih kurang konsepnya macam Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold tapi utk kepuasan dan dapat withdraw emas dengan cepat.. sy pilih Public Gold sebab ada banyak branch seluruh Malaysia.. kalau nak buka akaun GAP Public Gold boleh roger-roger.. hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *