May 30, 2023

Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE

Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE. Siapa punya simkad yang masih 2G atau 3G? kalau masih dilevel 3G, apa kata upgrade ke 4G LTE sebabnya apa lah guna jika kawasan kita ada kelajuan internet yang tinggi tapi simkad masih ditahap itu ja. Kebanyakkan lokasi pada masa sekarang ni telah dinaik taraf ke 4G, even di kampung yang di pedalaman pun boleh dapat signal 4G ni dengan mudah.
Semua syarikat Telco di Malaysia, rasanya menyediakan khidmat penukaran simkad ke 4G ini dengan cara yang lebih kurang sama saja. Simkad biasa akan digantikan dengan simkad baru yang berkeupayaan internet berkelajuan 4G LTE.

Cara Tukar Simkad Lama Ke 4G LTE 

Bosannya! Signal asik keluar H+ saja walaupun saya berada di tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Inilah yang terjadi bila simkad lama tidak dinaik taraf ke 4G, orang punya internet dah laju macam Ferrari F1, kita punya masih dengan kelajuan Viva 850. Huhu!
Baiklah, kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua macam mana cara untuk naik taraf simkad lama Digi Postpaid saya ke 4G. Caranya mudah saja, 5 minit dah selesai ! 
Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE
Digi Centre Di Imago Hypermall Kota Kinabalu At Level 2
Langkah 1: Cari Digi Centre yang berhampiran dengan anda (kalau selain Digi, boleh cari centre untuk Maxis, Celcom mengikut simkad anda)
Langkah 2: Sediakan keperluan berikut untuk proses penukaran simkad
  1. Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Simkad lama (samada micro atau nano)
  3. Duit RM10
Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE
Dah bagitau dengan staff Digi Centre ni nak ambil gambar nak letak blog. Maluu diaa..hehe..

Langkah 3: Bagitau dengan staff Digi Centre yang anda nak upgrade simkad lama kepada 4G LTE. Serahkan MyKad dan Simkad.
Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE
Proses pengesahan identiti dan penukaran simkad baru 4G LTE
Langkah 4: Sambil staff Digi Centre mengambil simkad baru dan proses penukaran, bolehlah pusing-pusing kejap tengok HP didalam tu.
Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE
Selesai, inilah simkad 4G LTE baru saya!
Langkah 5: Selepas pengesahan MyKad, anda perlu tandatangan pada iPad yang disediakan. 

Simkad Lama Kini 4G LTE

Selesai ! simkad lama kini berupa baru dan sudah mempunyai signal 4G..barulah rasa laju sikit internet ni bila dah 4G, selama ni tak kisah pun sebab tak guna sangat hp ni untuk internet. 
Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE
Kini simkad dah laju macam Ferrari F1 haha..
Kali ni nak focus blogging  macam dulu-dulu…harap tak kelaut lah mood blogging kali ni !

Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE
Nampak tak simbol 4G atas Screen Shot diatas ni? Simkad dah berubah ke simkad 4G LTE 

Baca juga – Pakej/Promosi Terkini Digi Postpaid 120GB Family

Sekian untuk perkongsian info kali ini dan semoga Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE ini bermanfaat untuk anda. Tukar sekarang ke simkad 4G dengan mudah.

2 thoughts on “Cara Mudah Tukar Simkad Biasa Kepada 4G LTE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *