May 30, 2023

Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN

Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN. Rakyat Malaysia pastinya sedang duduk dirumah ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini kan? Elakkan keluar secara kerap walaupun membeli barangan keperluan dapur. Belilah sekaligus untuk kegunaan 2 hingga 3 hari untuk mengurangkan pergerakkan diluar lebih-lebih lagi di kawasan Zon Merah ketika ini.

Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN

Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional untuk membantu rakyat yang terjejas dengan penularan virus pandemic COVID-19 ini.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kategori Layak Menerima BPN Bantuan Prihatin Nasional LHDN

Berdasarkan pengumumkan PM sebelum ini, berikut adalah secara ringkas kelayakan penerima BPN untuk bulan April dan Mei 2020 ini.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
i. Isi Rumah
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
ii. Bujang
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
iii. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:
i. Isi Rumah
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang
Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
ii. Bujang
  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
iii. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Jumlah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) LHDN

Berikut merupakan jumlah bayaran yang diterima adalah secara one-off seperti berikut:
Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN
Terdapat 2 kategori penerima untuk Isi Rumah dan Bujang berdasarkan jumlah pendapatan bulanan mereka. 
Adakah anda layak? jika ya, anda boleh membuat permohonan BPN atau Semak Status Permohonan BPN di laman web https://bpn.hasil.gov.my/

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) LHDN

Anda pasti tertanya-tanya, bilakah tarikh bayaran dan pengkreditan ke akaun bank penerima Bantuan Prihatin Nasional ini. 
Untuk makluman anda, berikut adalah tarikh pembayaran BPN ke akaun penerima yang layak. Anda tak perlu bersesak-sesak di ATM menyemak baki akaun kerana tarikh tersebut adalah tarikh jangkaan yang diberikan pihak LHDN untuk memasukkan wang bantuan BPN tersebut.
Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN

Semakan Status Permohonan BPN 

Jika anda penerima Bantuan Sara Hidup BSH 2020, anda tidak perlu menyemak dan membuat permohonan baru! anda LULUS secara automatik dalam rekod LHDNM!
Dan, jika anda Pembayar Cukai di LHDNM, anda juga tidak perlu menyemak dan membuat permohonan baru! anda adalah layak berdasarkan jumlah pendapatan bulanan yang direkodkan dalam sistem LHDN.
Buat permohonan jika nama anda tidak ada dalam rekod Bantuan Prihatin Nasional (BPN) LHDN.
Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN
Bagaimana cara buat semakan status permohonan BPN?
Layari https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan nombor kad pengenalan, taip kod CAPTCHA dan klik semak.

Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN

Ada 2 kategori yang tak perlu membuat permohonan baru BPN, iaitu penerima BSH 2020 dan Pembayar Cukai LHDN !
Walaubagaimanapun, jika sekiranya anda tidak layak BSH atau bukan penerima BSH 2019 dan 2020, anda perlu membuat permohonan baru melalui BPN.
Dan, jika anda bujang yang baru berumur 21 tahun pada bulan Mac 2020 pun perlu membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan baru BPN secara online:
Langkah 1: Layari laman web https://bpn.hasil.gov.my/
Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN
Langkah 2: Masukkan no kad pengenalan dan taip captcha, kemudian klik “Semak”

Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN

Langkah 3: Jika paparan “Tiada Rekod, Sila Buat Permohonan di Butang Permohonan Baru”, klik butang “Permohonan Baru”
Langkah 4: Lengkapkan borang Maklumat Pemohon, Maklumat Anak(tak perlu jika bujang) dan Maklumat Pewaris.
Langkah 5: Kemudian, terus buat Pengesahan dan Hantar permohonan anda.
Semak permohonan anda, lihat status permohonan anda! jika permohonan diterima, bermaksud permohonan anda telah selamat diterima pihak LHDN untuk semakan kelayakan.
Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN
Semoga perkongsian Cara Mohon BPN Jika Bukan Penerima BSH & Pembayar Cukai LHDN ini membantu anda mengetahui tarikh bayaran bantuan BPN. Rancang kewangan dan perbelanjaan anda ketika PKP ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *