May 31, 2023

Cara Mohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

Cara Mohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)Rakyat Malaysia pastinya mendengar perbentangan bajet 2018 yang lalu oleh Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapannya, PM telah mengumumkan program baru yang akan diperkenalkan Kerajaan hasil kerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk bayi yang akan lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
Objektif utama Amanah Dana Anak Malaysia atau ADAM50 ini adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan rakyat Malaysia dari seawall usia baru lahir dengan pemberian insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan. 
Cara Mohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
Unit insentif PERCUMA ini akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Manakala, bagi bayi bukan Bumiputera setelah proses pendaftaran, pembukaan akaun boleh dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Ejen ASNB.

Ciri-Ciri Utama Program ADAM50

Berikut adalah ciri-cri utama atau kriteria utama program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang perlu anda ketahui:-
  1. Bermula dilaksanakan pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022
  2. Jumlah insentif PERCUMA sebanyak 200 unit
  3. Insentif 200 unit dan tambahan dividen(sekiranya ada) hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun
  4. Pendaftaran dan pembukaan akaun ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum 1 tahun selepas bayi dilahirkan.
  5. Tiada kuota diperuntukkan mengikut etnik. Namun, bagi bayi warganegara Malaysia Bumiputera akan diperuntukkan dalam ASB dan bayi warganegara Malaysia bukan Bumiputera akan diperuntukkan dibawah AS 1Malaysia.

Syarat Kelayakan Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50)

Terdapat beberapa syarat utama dalam menentukan kelayakan mendaftar program ADAM50 ini. Antaranya adalah:
  1. Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
  2. Warganegara Malaysia (samada Bumiputera atau Bukan Bumiputera)
  3. Ibu/bapa atau penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan keatas
  4. Peserta serta Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan
  5. Sekiranya anda berkahwin dengan Bukan Warganegara, proses pendaftaran ADAM50 haruslah dibuat oleh ibu atau bapa yang berstatus warganegara Malaysia.

Cara-Cara Memohon Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50)

Bagi ibu/bapa atau penjaga yang berhasrat untuk membuka atau mendaftarkan akaun pelaburan ADAM50 untuk mereka anda. Ini adalah cara-cara memohon atau menyertai program ADAM50.
Langkah 1: Ibubapa atau penjaga berdaftar boleh dating ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB diseluruh negara. Berikut adalah ejen ASNB yang juga bank-bank yang ada ditempat anda:
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB Bank
  • CIMB Islamic
  • RHB Bank
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Langkah 2: Pergilah ke Cawangan ASNB atau ejen ASNB dengan membawa dokumen dibawah ini.
  • Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (Sekiranya MyKid masih belum diterima)
  • Dokumen sokongan lain seperti Surat Pertalian Darah, Perintah Mahkamah dan lain-lain jika penjaga bukan dikalangan ibu atau bapa bayi

Sekiranya isteri anda sedang hamil pada ketika ini, ada baiknya buat perancangan dan sediakan dokumen lebih awal untuk pembukaan dan pendaftaran akaun pelaburan Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50), bagi pasangan yang belum dan masih dalam usaha mendapatkan zuriat, tahun 2018 hingga tahun 2022 inilah masa yang sesuai meninkatkan usaha dan kualiti hubungan suami isteri..hehe!
Nota: Terdapat simpanan yang mungkin sesuai dengan keinginan anda, iaitu SSPN-I Plus. SSPN-I Plus juga mempunyai manfaat simpanan dan perlindungan takaful kepada anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pendeposit.

Baca juga – Cara Buka Akaun SSPN-I Plus Secara Online

Tahniah! Buat pasangan yang bakal melahirkan cahaya mata bagi tahun 2018 hingga 2022 (advance sikit). Semoga manfaat insentif 200 unit PERCUMA yang diberikan Kerajaan ini digunakan sebaiknya untuk masa depan anak-anak harapan negara Malaysia.
Semoga perkongsian Cara Mohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) ini membantu anda memahami program ADAM50 dan memudahkan pendaftaran anak anda nanti.
Sebarang perubahan, atau makumat lanjut boleh layari laman web ASNB 

One thought on “Cara Mohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

  1. assalammualaikum =D ju dtg blogwalking hari ni

    alhamdulillah bagus juga inesiatuf kerajaan ni, untung la kepada ibu bapa yang bakal mnimang cahaya tahun baru nnti =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *