Cara Mengatasi Masalah Ads.Txt Files Di Google Adsense. Bagi website/blog yang mempunyai pengiklanan dengan Google Adsense, warning berwarna merah diatas Dashboard Account Adsense memang agak memeningkan untuk diselesaikan. Apatah lagi, penyelesaiannya kita harus mencari sendiri kerana tiada penerangan yang sangat jelas tentang cara untuk selesaikan masalah tersebut. Pihak Google Adsense memang sangat teliti dalam pemantauan iklan dan blog-blog yang memaparkan iklan mereka.
Kali ini, saya sendiri menghadapi masalah dengan muncul warning berkaitan Ads.Txt Files pada beberapa blog saya.
Earnings at risk – One or more of your ads.txt files doesn’t contain your AdSense publisher ID. Fix this now to avoid severe impact to your revenue.
Dear Publisher,
We’ve noticed that the ads.txt file on one or more of your sites that you monetise through this AdSense account (pub-xxxxxxxxxxxxxxxx) is missing the correct publisher code.
From mid-October, Google will stop buying ads on sites with ads.txt files which don’t include the correct publisher IDs. We recommend you update your ads.txt files immediately to prevent impact to your earnings. Make sure that the ads.txt file for each site you want to monetise through this account contains the snippet below:
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx, DIRECT, f08c47fec0942fa0
It may take up to 24 hours for AdSense to process your updated ads.txt files.
You can learn more about ads.txt, how buyers will use it and how to implement it on your sites in our Help Centre.
Apa Itu Ads.Txt?
Bila ditimpa masalah macam ni barulah terhegeh-hegeh cari info untuk penyelesaiannya. Bagi anda yang belum menghadapi masalah ini, seeloknya bersedia jika anda pernah memohon banyak kali untuk Google Adsense. Account ID dan Client ID anda mungkin berbeza dengan Account Google Adsense yang di Approved!
Ads merupakan singkatan kepada Authorized Digital Sellers atau Penjual Digital Rasmi iaitu projek yang dikembangkan oleh IAB Tech Lab ntuk meningkatkan transperansi dalam program pengiklanan, khususnya pengiklanan online. Ads.txt menggunakan method yang sederhana, fleksibel dan mudah yang dapat digunakan oleh penerbit dan distributor untuk menyatakan bahawa mereka memiliki hak untuk menjual inventori digital secara umum.
Dengan memaparkan Ads.Txt, pembeli (pengiklan) akan dapat mengesan atau mengetahui Penjual Digital Rasmi dan yakin bahawa pembeli telah membeli hak penyiaran asal dan bukan palsu yang mungkin merugikan mereka.
Dalam kes ini, Google Adsense merupakan salah satu penerbit iklan oleh publisher adsense diwebsite. Jika publisher membuat ads.txt di domain yang dipasang iklan adsense, maka pemasang iklan yakin bahawa iklan di website tersebut berasal daripada Google Adsense kerana ada kemungkinan iklan serupa tetapi bukan dari Google Adsense.
Masalah Ads.Txt Untuk Google Adsense
Masalah ini terjadi kemungkinan kerana anda memasang iklan lain selain Google Adsense. Tapi, dalam kes saya ni saya tak ada masukkan iklan lain selain adsense. Namun, disebabkan pernah memohon Adsense beberapa kali kelihatan perbezaan pada Approve Adsense dengan Client ID dan Account ID.
Sekiranya anda menggunakan platform pengiklanan lain selain Adsense, boleh juga pengiklanan lain itu over-ride kod client dalam blog anda.
Warning berwarna merah dalam gambar diatas akan kelihatan jika Adsense anda bermasalah. Tetapi, walaupun tidak ada warning ini, dinasihatkan anda update Ads.Txt juga.
Cara Selesaikan Masalah Ads.Txt File Google Adsense
Cara 1 – Custom Ads.Txt
Cara pertama untuk selesaikan masalah ini adalah dengan memasukkan Ads.txt file secara manual kedalam blog anda. Perhatikan gambar dibawah!
Log in ke
blogger.com –>
Settings –>
Search Preferences –>
Monetisation –> tick
Yes pada
Enable custom Ads.txt
Kemudian, pastekan Code Snippet yang diberikan dalam email atau dalam dashboard Adsense. Ianya kelihatan seperti ini..
google.com, pub-xxxxxxxxxxx, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Last sekali, klik
Save Changes.
Untuk pastikan content Ads.Txt adalah betul, taip http://<your blog address>/ads.txt di browers anda. Jika betul, tunggu dalam tempoh 24 jam untuk disemak oleh pihak Google Adsense. Dalam tempoh ini, iklan Adsense di blog anda tidak akan terpapar.
Cara 2 – Switch Adsense Account
Untuk cara
kedua, ikuti langkah-langkah dibawah ni…
Log in ke
Blogger.com –>
Earning –>
Switch Adsense Account
Pastikan URL website/blog anda betul, kemudian klik pada Accept Association
Anda akan dibawa ke Adsense Dashboard dan klik Redirect apabila pop up seperti diatas terpapar.
Kemudian, klik Continue.
Dan, semak balik pada bahagian Earning blog anda. Account ID dan Client ID pastinya sudah berubah kepada Pub ID Google Adsense anda.
Selesai !…Tunggu lah dalam tempoh 24 jam atau lebih untuk proses semakan Google Adsense. Selepas semakan semula dan pub ID dah sama, iklan Adsense akan kembali bersiaran di blog anda nanti.
Walaupun anda tidak menghadapi masalah ini, namun anda digalakkan untuk custom ads.txt di blog anda. Gunakan cara 1 untuk manual masukkan code snippet Ads.Txt file.
Semoga perkongsian Cara Mengatasi Masalah Ads.Txt Files Missing Di Google Adsense ini membantu anda.
risau jugak kalau adsense ada masalah..
Setakat ini belum pernah dapat warning ini sebab saya guna wordpress.