May 31, 2023

Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018

Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018 | Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Walaubagaimanapun mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. 

Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kini, pelajar juga boleh memohon sendiri melalui permohonan melalui internet (PMI) bagi memudahkan proses permohonan. Walaubagaimanapun, pembelian nombor PIN di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) masih diamanahkan kepada guru yang dipertanggungjawabkan mengurus PMI sekolah berkenaan.

Sekolah Yang Boleh Menggunakan PMI (kecuali jika bermasalah)

A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T).
G. Sekolah Berprestasi Tinggi.

Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018

Untuk memohon Program Matrikulasi secara onlien, pelajar haruslah mempunyai nombor PIN terlebih dahulu. Terdapat 2 cara untuk mendapatkan nombor PIN tersebut iaitu:
Cara 1: Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.    
Cara 2: Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja). Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.
Kaunselor/guru/pelajar akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar/ Nombor PIN.
Bayaran dibuat atas nama ‘Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM‘ dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500
(Contoh Resit BSN) 
Pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM 
          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar
          Nombor PIN 5 Digit.
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 30 November 2016 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.
Panduan Mengisi Borang Permohonan Online? – Klik Sini
Permohonan Melalui Internet (PMI) – Mohon Sini

Tempat Pengajian

Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.
Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2016

Semoga berjaya!..

One thought on “Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *