Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online | Bagi memudahkan pencarum EPF/KWSP menyemak penyata bulanan atau tahunan, melihat sejarah pengeluaran, dan membuat e-pengeluaran. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan pendaftaran i-Akaun online KWSP.
Kemudahan Yang Terdapat Pada i-Akaun
Pastinya kemudahan i-akaun ini semata-mata untuk memudahkan urusan anda dengan KWSP. Antara kemudahan yang boleh dinikmati adalah:
1. Memohon E-Pengeluaran
2. Menyemak Penyata KWSP Tahun Terkini dan Sebelumnya
3. Menyemak Status Pengeluaran dan Sejarah Pengeluaran
4. Mengira Anggaran Jumlah Layak Untuk Pengeluaran, Simpanan dan Pelaburan
5. Mengemaskini Profil Termasuk Alamat Surat-Menyurat
6. Menyemak Log Aktiviti i-Akaun
7. Menyemak Aktiviti Transaksi KWSP Terkini
Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Secara Online
Perkara paling penting sebelum mendaftar i-Akaun KWSP adalah mendapatkan KOD PENGAKTIFAN. Kod pengaktifan ini digunakan untuk pendaftaran kali pertama sahaja. Terdapat tiga(3) cara untuk medapatkan kod pengaktifan ini.
1. Menerusi Kiosk KWSP (dimana-mana cawangan KWSP/UTC)
2. Menerusi kaunter KWSP dicawangan seluruh negara
3. Menghubungi pusat panggilan pelanggan di nombor 03-89226000 dan kod pengaktifan akan di SMS ke telefon bimbit anda
Setelah mendapat Kod Pengaktifan tersebut, anda boleh melakukan proses pendaftaran ‘kali pertama’. Ikuti langkah-langkah dibawah:
– Layari laman web http://www.kwsp.gov.my
4. Isikan No. Mykad/IC
6. Cipta ID Pengguna (Username)
7. Cipta Kata Laluan (Password)
8. Pilih Soalan Rahsia (No1-3 – Soalan berbeza-beza)
9. Pilih Jawapan Rahsia (No1-3 – Soalan berbeza-beza)
9. Pilih Jawapan Rahsia (No1-3 – Soalan berbeza-beza)
10. Pilih Imej Online
12. Skrin pengaktifan BERJAYA akan dipaparkan, anda sudah selesai dan boleh log in i-Akaun anda
Untuk maklumat lanjut tentang pengaktifan i-Akaun – Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online
Perkhidmatan secara atas talian (online) ini bukan saja menjimatkan masa malah memudahkan urusan membuat salinan penyata tahunan terkini untuk urusan-urusan…
1. Membuat pinjaman peribadi
2. Permohonan kad kredit
3. Pinjaman kenderaan
4. Pelaburan
5. Pengeluaran Deposit Pinjaman Perumahan
Dan, banyak lagi..
Selepas ini, saya akan kongsikan bagaimana proses pengeluaran wang simpanan KWSP untuk skim pencen. Penjawat Awam yang mengambil skim pencen pastinya tertanya-tanya bagaimana proses permohonan pengeluaran mereka. Akan diterangkan pada artikel akan datang.
oh..senang jugak nak dptkan kod pengaktifan, boleh melalui call je!
Gd info Elih.