May 31, 2023

Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan

Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan | Dengan ekonomi yang tidak berapa stabil sejak beberapa tahun ini. Ramai rakyat Malaysia berusaha mendapatkan sumber pendapatan kedua atau pendapatan sampingan walaupun bekerja secara sepenuh masa dengan kerajaan ataupun swasta. Niat bukan nak kaya, cukuplah sekadar cukup makan dan beli keperluan tambahan dalam keluarga misalnya rumah, kereta, dan sebagainya.

Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan

Jika kita buka Facebook atau Instagram, huh! memang ramai yang berniaga. Rata-rata rakan anda dalam facebook 80 peratus berniaga di facebook. Buka Instagram pula, penuh dengan gambar. Gambar selfie, welfie dan juga gambar produk jualan mereka. Jangan marah mereka, itulah usaha mereka menambah pendapatan sampingan.

Kedai Online Dengan Payment Gateway

Disini saya telah menjumpai satu laman web yang menarik untuk digunakan oleh peniaga online yang ada di Facebook atau Instagram. Maksud saya, facebook dan instagram tetap akan digunakan untuk tujuan viralkan produk jualan. Dalam masa yang sama, buka satu kedai online produk anda dengan sistem pembayaran yang lebih sistematik tanpa whatapps atau email bukti pembayaran kepada anda.
Apa itu payment gateway?
Payment gateway adalah saluran Online Payment Services pihak ketiga dengan menggunakan Online Banking dan Kredit Kad/Debit Kad. Terdapat 7 jenis Payment Gateway yang boleh digunakan di Malaysia ini.

Antara Payment Gateway tersebut adalah:

  • Braintree
  • iPay88
  • MOLpay
  • billplz
  • senangPay
  • eGHL
  • revPAY
Dengan Payment Gateway ini, pembeli boleh menggunakan pilihan bayaran samada Online Banking atau Kad Debit/Kredit.
Pilihan bayaran..
  • VISA 
  • Master Card
  • AMERICAN EXPRESS
  • VISA Checkout
  • MasterPass
  • CIMB Clicks
  • Maybank2u
  • Hong Leong Connect
  • Am Bank
  • Alliance online
  • PBe
  • RHB now
  • Bank Islam
  • FPX
  • WebCash
  • BSN
  • iRakyat
  • AFFINBANK
Proses pembayaran lebih mudah dengan menggunakan payment gateway ini. Cuma syaratnya, anda kena ada nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.
Untuk pendaftaran nama syarikat, sila ke laman rasmi – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Cara Buat Kedai Online

Ada 2 kaedah untuk anda pilih jika bercadang nak buat kedai online bagi produk jualan anda.
Pilihan Pertama – Buat website atau blog kedai online anda sendiri ataupun upah orang lain buat blog kedai online tu. Harganya mungkin murah jika buat blog saja, tetapi nak masukkan gambar dan description produk lagi memerlukan masa yang agak lama. Proses pembayaran pun masih manual, dengan menggunakan akaun bank dan berhubung melalui email atau whatapps. 
Pilihan Kedua – Menggunakan langganan bulanan atau tahunan di platform kedai online daripada EasyStore.
Langganan Kedai Online Dengan EasyStore
Cara Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Plan Kedai Online Ditawarkan EasyStore Serendah RM39/Bulan
Cara Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Paparan image diatas ini adalah features kepada plan yang ditawarkan di EasyStore. Terdapat 3 plan iaitu Basic, Plus dan Premium. Masing-masing dengan kelebihan tersendiri, dan tawaran langganan payment gateway account bagi iPay88 dan eGHL adalah PERCUMA sehingga 31 Januari 2017.
Dengan EasyStore, anda tak perlu risau lagi macam mana nak cari template, nak masukkan gambar, description produk, cara nak promote, dan sebagainya. 
Cara Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Start Kedai Online Semudah ABC
Image diatas ini adalah Online Store/Kedai Online yang saya buat sendiri. Selepas register, anda akan dibawa kepaparan ini,..
Decorate your store – Pemilihan template 
Add your first produk – Masukkan produk pertama untuk mencuba kedai baru anda
Enable payment methods – Buat akaun Payment Gateway (seperti yang saya terangkan diatas)
Set up shipping rates – Masukkan kadar bayaran penghantaran samada pos laju atau lain-lain perkhidmatan
Selepas masukkan semua maklumat, anda boleh view kedai online anda. Lihat bagaimana rupa dia selepas decorate dan add produk. 
Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan
Contoh produk yang telah ditambah dalam store
Nampak profesional dengan paparan macam ni. Harga plan yang ditawarkan pun agak berbaloi. Harga serendah RM39 sebulan saja pun sudah boleh mendapatkan website jualan produk anda dengan pantas.

Kelebihan dan Manfaat Buat Kedai Online Dengan EasyStore

Jika dibandingkan dengan alternatif lain, buka kedai online dengan EasyStore adalah pilihan yang terbaik. Kenapa saya cakap macam tu? lihat beberapa kelebihan dibawah ni..
  1. EasyStore mempunyai tool yang mudah untuk peniaga/penjual online buat kedai online dan jual online.
  2. EasyStore menyediakan sijil SSL Percuma kepada domain yang didaftarkan melalui EasyStore.
  3. EasyStore menyediakan perkhidmatan payment gateway MOLPay dan iPay88 setiap langganan.
  4. EasyStore mempunyai 44 aplikasi dan membantu dalam marketing, sales, customer service, shipping, analytic, dan banyak lagi.
  5. EasyStore membenarkan anda berkolaborasi dengan menjual produk di Lelong, Lazada, 11street, dan lln.
Bagaimana nak mulakan kedai online anda?
Mudah, ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam laman web EasyStore ini. Jangan risau, ada FREE TRIAL 14 Hari untuk anda mencuba! 
Dalam tempoh TRIAL 14 hari tu, anda boleh mengambil keputusan samada nak ambil Plan Bulanan atau Tahunan. Saya percaya anda tak akan kecewa dengan perkhidmatan EasyStore. 
Buka kedai online/online store anda sekarang sementara masih ada Free Subscription untuk Payement Gateway sehingga 31 Januari 2017.

Buka Kedai Online Sekarang – EasyStore Shopping Cart Solution

Semoga membantu dan berjaya dalam perniagaan anda. Tak kiralah jualan borong, jualan produk sendiri atau jualan dropship, anda boleh buat kedai online ini bagi memudahkan kerja promosi dan tempahan.

3 thoughts on “Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *