March 22, 2023

Cara Belajar Buat Blog Dengan Mudah

Belajar Buat Blog Dengan Mudah | Belajar buat blog memang mudah, tetapi nak buat blog yang bertahan lama dan berjaya bukan mudah! Itulah hakikat yang perlu kita terima, bukan semua blogger di dunia ini berjaya. Ada yang putus ditengah jalan kerana masalah hilang MINAT dan MASA untuk me’maintain’kan penulisan dalam blog mereka.

Belajar Buat Blog Dengan Mudah
Blog Elih Japahar | Sumber Gambar Laptop
Belajar buat blog pada masa kini bukan lagi seperti dulu, jika anda cari di enjin carian Google, banyak blogger-blogger otai yang bertahun-tahun, malah puluhan tahun berkecimpung dalam dunia blogging berkongsikan panduan membuat blog. Bergurukan artikel tersebut mungkin berkesan, tetapi ada panduan yang lebih baik mungkin anda boleh dapatkan untuk belajar buat blog dengan mudah.

Pengalaman Buat Blog Sendiri

Serius, saya buat blog atas usaha sendiri. Google search adalah guru terbaik sepanjang aktiviti TRY & ERROR membina blog pada tahun 2011 lalu. Usaha mengekalkan blog pada masa itu gagal kerana komitmen terhadap kerja dan kekangan masa yang terlalu singkat. Saya terpaksa memadam blog tersebut pada tahun 2012 tanpa meninggalkan sisa-sisa artikel yang ada. Saya memang dah pasrah, biarpun minat blogging masih ada ‘kurelakan jua walau terpaksa’.
Namun, pada Jun 2016 saya nekad buat blog semula dengan tujuan hanya satu iaitu Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Blog! Saya rasa bersyukur kerana seawal bulan Julai 2016, sebulan selepas buat blog baru [ Elih Japahar ], blog ini berjaya menjana pendapatan sampingan melalui Affiliate klikjer dan Tim Infokerjaya. Selain itu juga, berjaya menjana komisen setiap bulan secara konsisten dan memenangi beberapa kontest SEO.
Menang Hadiah Saguhati Artikel Terbaik – Minyak Herba Asmak – [ Baca ]
Menang Hadiah Tempat Ke-3 Kategori SEO – Bedak Asmak – [ Baca ]
Menang Hadiah Tempat Ke-5 Kategori SEO – Contest iLancee – [ Baca ]
Dan,
Blog ini masih dalam proses melakar sejarahnya tersendiri..

Tip Penulisan Blog 

Orang kata, ‘Content Is King’ dan ‘Backlink Is Queen’. Setuju tak? 
Memang betul, penulisan menggunakan teknik SEO adalah teknik pemasaran atau pengiklanan yang memang terbukti dan akan terus memberi pulangan yang sangat baik. Enjin carian suka blog kita sebab content yang kita tuliskan dengan kualiti yang terbaik, maksudnya penulisan yang ‘original’ bukan ‘copy & paste’ dari sumber lain.
Traffic Is Queen?? pada pendapat saya, backlink adalah queen sebab kombinasi antara content dan backlink akan menghasilkan trafik yang baik untuk blog. Dan, blog yang menggunakan pengiklanan Adsense, Innity, Adnow, Mobicow, Nuffnang dan lain-lain lagi memerlukan trafik yang tinggi bagi menghasilkan klik dan conversion yang boleh meningkatkan pendapatan blog.
Belajar buat blog dengan mudah bukan bererti selesai buat blog terus boleh buat duit yaa, tanggapan itu salah. Cara penulisan haruslah diutamakan, berbanding trafik.

Nasihat saya buat blogger baru, yang baru nak buat blog tu..ingat beberapa perkara penting ini sebelum buat blog..

  1. Etika Sebagai Blogger – Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis. Penyebaran maklumat mengenai artis, politik, dan isu semasa yang melibatkan peribadi seseorang harus diambil dari sumber yang sahih. Elakkan salin dan tampal (copy & paste) saja tanpa sebarang kesahihan maklumat. 
  2. Keghairahan Mengejar Trafik Tinggi – Relaks, jangan terburu-buru. Ada blogger hebat hanya dikenali ramai selepas 2 hingga 3 tahun kemudian. Blog anda yang baru mustahil untuk dapat trafik tinggi mencanak dalam masa singkat (kecuali blog politik dan gosip). Trafik akan naik bila content penulisan anda berkualiti, percayalah. Keghairahan mengejar trafik ini akan menyebabkan anda melakukan kesilapan ‘copy & paste’. Cara yang betul adalah mengolah artikel sendiri tanpa lari daripada topik isu semasa tersebut.
  3. Betulkan Niat – Belajar buat blog adalah mudah, tetapi untuk bertahan lama, agak susah. Jika niat hanya nak cari popularity, korang jadilah artis ye jangan jadi blogger. Ramai dah yang masuk court sebab penulisan yang tak beretika. Kalau niat blogging nak buat duit online, joinlah banyak mana pun program affiliate, duit masuk akaun ja tiap bulan. Tak ada orang nak marah, promote ja link affiliate ikut cara korang.
  4. Try & Error – Buat blog ni kena lah pandai guna laptop, smartphone atau desktop. Banyak koding yang perlu anda buat sendiri, ada juga yang boelh dibuat oleh orang lain (berbayar). Untuk lebih jimat dan pembelajaran, anda perlu belajar sendiri untuk setting blog. Bukan setakat itu, penulisan juga kadang-kadang kena cuba pelbagaikan cara, buat secara berperenggan, letak nombor untuk setiap point, letak gambar untuk lebih menarik. 
Fahami betul-betul apa tujuan anda nak buat blog! adakah anda mahu belajar buat blog kerana..
  1. Suka-suka untuk mengisi masa lapang – peribadi
  2. Hobi dan minat – peribadi
  3. Bisnes – ejen dropship, stokis, jual barang borong, perkhidmatan dll.
  4. Persatuan/kumpulan/organisasi 
  5. Mahu menjana pendapatan sampingan dengan blog – affiliate
Saya percaya, ramai blogger yang mahu blogging kerana suka-suka. Namun, ianya menjadi serius selepas berjaya ditawarkan dan dilamar advertiser dengan bayaran tertentu. Malah, berjaya menjana duit dengan affiliate.

Belajar Buat Blog Dengan Mudah 

Kali ini, saya mahu kongsikan dengan anda satu Ebook panduan untuk Belajar Buat Blog. Anda tak perlu cari di google lagi berkaitan panduan dan cara belajar buat blog kerana Tuan Muhamad Anuar Marsib ada menyediakan penduan ini khas untuk anda yang baru belajar buat blog.

Ebook ini bukan setakat buat blog tetapi turut menerangkan kepada anda tentang beberapa topik hebat, seperti dibawah:
  • Bab 1 : Nak Buat Blog Tentang Apa?
  • Bab 2 : Langkah-Langkah Buat Blog dengan Blogspot
  • Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
  • Bab 4 : Buat Duit Dengan Blog
  • Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
  • Bab 6 : Rahsia Buat Duit Melebihi 4 Angka Di Internet
  • Bab 7 : Rumusan Dan Penutup
Jika anda mahu belajar buat blog dengan mudah, ebook inilah panduan terbaik untuk anda. Dengan adanya panduan Belajar Buat Blog ini, anda akan sentiasa dilandasan yang betul bermula dari pemilihan niche blog sehingga rahsia buat duit melebihi 4 angka di internet. Semua ini akan diterangkan didalam Ebook Belajar Buat Blog.
Contest SEO Belajar Buat Blog
Terima kasih kerana sudi membaca artikel Belajar Buat Blog Dengan Mudah ini. Semoga boleh memberi manfaat kepada anda nanti.

5 thoughts on “Cara Belajar Buat Blog Dengan Mudah

  1. wahh best baca nasihat-nasihat tu. terima kasih atas nasihat yang diberi hehehe. tapi yang paling melekat di hati –> content is king, backlink is queen. first time dengar and terus wow! love it 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *