August 4, 2021

Cara Aktifkan Kad ATM/Debit Melalui Maybank2u

Cara Aktifkan Kad ATM/Debit Melalui Maybank2u | Sebelum ini, saya ada kongsikan bagaimana untuk menggantikan Kad ATM atau Debit Maybank anda secara atas talian (online) dengan mudah menggunakan Maybank2u sahaja.

Baca – Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Secara Online

Seperti yang dijangkakan, kad atm/debit kad saya sampai dalam tempoh 14 hari bekerja. Dan, taadaaa..inilah kad ATM/DEBIT Maybank saya yang baru..malangnya, lupa tukar kad dengan wajah sendiri pulak..tak apa lah, lain kali saja..haha..

Kad ATM/DEBIT Maybank Baru 
Untuk mengaktifkan Kad ATM/Debit Maybank, ada beberapa cara iaitu:
Cara 1: Menggunakan Mesin ATM –> Masukkan Kad Baru (menggunakan nombor pin yang sama) –>Lain-lain Urusan –>Pilih Pengaktifan Kad –> Selesai.
Cara 2: Datang ke mana-mana Cawangan Maybank dan aktifkan di kaunter Maybank.
Cara 3:  Menggunakan Maybank2u.
Memandangkan, saya memang tak ada masa nak berurusan dikaunter dan berbaris di mesin ATM. Maka, cara paling mudah adalah dengan menggunakan Maybank2u. Lebih mudah, selamat dan cepat! 

Cara Aktifkan Kad ATM/Debit Melalui Maybank2u

Saya akan terangkan bagaimana proses untuk mengaktifkan Kad ATM/Debit Maybank baru dengan menggunakan Maybank2u. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1: Log in seperti biasa ke akaun Maybank2u.
Langkah 2: Pilih “Card Management”.

Langkah 3: Pilih “ATM/Debit Card”.

Langkah 4: Paparan seperti dibawah akan keluar, pastikan 4 digit terakhir kad ATM/Debit sama dengan kad yang anda dapat tu. Kemudian, klik “Activate Now”

Langkah 5: Masukkan maklumat kad ATM/Debit baru dan request TAC Number. Kemudian, “Confirm”.

Dibahagian bernombor 1 tu, masukkan 8 digit nombor Kad ATM/Debit. Boleh “View Sample” untuk melihat contoh, atau tengok gambar dibawah ini.

Sample 8 Digit Terakhir Kad ATM/Debit


Langkah 6: Paparan dibawah akan keluar dan pastikan Status adalah SUCCESSFUL! 

Selesai ! Mudah kan? 
Menurut maklumat daripada kakitangan Maybank, kad baru ni mempunyai fungsi PayWave,  dengan ciri keselamatan pin menggantikan ‘tandatangan’ sebelum ini. Sentuhkan kad dan masukkan 6-digit pin keselamatan anda untuk membeli-belah nanti.

26 thoughts on “Cara Aktifkan Kad ATM/Debit Melalui Maybank2u

  1. bagus info ni.. so far dekat sini mostly guna cimb so terminal pun dari cimb dulu takperlu masuk pin skrg ni kena masuk pin walaupun ia bawah dr RM250 bila guna kad maybank.. hurmm.. tak sure la sebab lain terminal or mcm mana.. Sbb di terminal tu jika dulu ada pilihan kredit or debit skrg bila cucuk je terus auto masuk pin..

    Maybe setiap terminal skrg kena ada panel penghadang kiri kanan untuk lindungi pin dari org lain dan cctv nampak.. 😀 😀 haha…

  2. 2 minggu itu bermakna baru 10 hari, 14hari bekerja lebih kurang 3 minggu 🙂 Kejap lagi sampailah la tu..kalau tak sampai lagi pun, kad lama masih boleh pakai..untuk pertanyaan lanjut boleh call careline maybank: 1-300 88 6688

    Harap maklum.

  3. 8 digit yg dimaksudkan diatas adalah 8 digit terakhir nombor kad tu…

    Sebagai contoh:
    No pada kad : 1111 2222 3333 4444

    Masukkan 8 digit..so, awak ambil 3333 4444 (8 digit lah tu)

    Harap faham. Terima kasih.

  4. Sebelum ni saya buat guna m2u..sampai sekarang tak sampai lagi.. Rasanya dah nak dekat sebulan.. Cuba kol mybnk hotline xdpt2 lagi.. Tau tak mcmana nak tau kita buat pertukaran kad bila? Saya lupa.

  5. Saya dah buat penukaran melalui maybank2u, dah dapat pun card. Cuma tak dapat utk pengaktifan. Saya try buat by maybank2u, step4 tu saya keluar replace shj tak keluar active now. Cuba dekat atm dia kata transaksi anda gagal. Kenapa ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *