May 30, 2023

Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account

Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account

Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account | Adakah anda pemilik akaun simpanan dengan CIMB Bank Malaysia? Anda nak buat transaksi perbankan, nak transfer duit tak tapi gagal? Bila semak status akaun, terpapar tulisan berwarna merah yang mengatakan akaun anda “Dormant”.
Entri kali ini, saya nak terangkan berkenaan dengan status akaun cimb “dormant account”. Jika anda pernah mengalami masalah ni mungkin perkara biasa. Namun, bagi yang pertama kali akaun bank dikenakan dormant status, elok jangan terkejut sebab duit dalam akaun ini masih selamat. Akaun anda cuma tidak aktif atau dengan kata lain, akaun inactive.

Kenapa Akaun CIMB Boleh Tukar Status Dormant?

Akaun anda akan bertukar kepada status dormant disebabkan tiada sebarang aktiviti pengeluaran dan kemasukan wang berlaku dalam tempoh 12 bulan atau 1 tahun. Sekiranya anda ingin akaun bank anda sentiasa aktif, anda perlu melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi wang pengeluaran.
Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account
Masalah ini selalu terjadi dengan mereka yang memiliki akaun bank yang lebih dari 3 atau 4 bank. Kadang-kadang kita terlepas pandang akaun-akaun yang lain, dan menyebabkan tiada transaksi yang dilakukan dalam tempoh setahun tersebut.

Apa Akan Jika Akaun Dormant Ini Dibiarkan?

Sekiranya anda membiarkan sahaja akaun bank tersebut dalam status dormant, dan masih berbaki RM50 didalamnya, surat notis peringatan daripada Bank akan dihantar kepada anda. Jika masih tiada tindakan, baki dalam akaun tersebut akan dihantar kepada Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Bagaimana Nak Aktifkan Semula Akaun Berstatus Dormant?

Sebenarnya, mudah saja nak aktifkan semula. Anda hanya perlu ke cawangan CIMB yang terdekat, bawa kad pengenalan, kad atam dan buku bank (jika ada) untuk melakukan transaksi pengeluaran di kaunter. Walaubagaimanapun, pengeluaran dikaunter boleh dilakukan jika baki akaun anda mempunyai baki RM10.
Jika baki akaun anda kurang daripada RM10, anda dinasihatkan untuk membuat deposit RM10 terlebih dahulu di kaunter atau mesin CDM. 
Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda dalam tempoh 24 jam selepas transaksi dibuat. Selepas tu, barulah akaun cimb bank anda aktif seperti biasa. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

38 thoughts on “Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account

  1. Akaun gaji sy guna cimb. Alhamdulillah, transaksi ada sokmo.
    P.S. abe kie akan update blog list x lama lg n link abg elih akan dimasukkan. Terima kasih..

  2. Tak dapat keluar 1K, kena tinggalkan minimum RM20 dlm akaun tu..so, dpt keluarkan RM980 saja..

    Dan, perlu isi borang pengeluaran utk akaun ni..nanti pegawai aktifkan dan dia suruh ke ATM utk keluarkan duit..hehe

  3. Bila akaun status Dormant ni, duit masuk boleh tetapi duit keluar tak boleh…boleh masuk berapa banyak x ada masalah..cuma bila nak keluarkan kena aktifkan balik akaun tu..perlu ke kaunter CIMB BANK utk urusan pengeluaran/pengaktifan..

  4. hye.. akaun saya berstatus dormant@unactive. Macam mana saya nak aktifkan semula akaun saya? Musim PKP nie susah untuk saya pergi ke bank sebab banyak roadblock nk kena hadap.

  5. Dapat surat dari cimb kata akaun dormant tapi baru ni check cimbclicks tulis account active. Guanne ni?

  6. Status akaun sy adalah dormant@unactive..blh ke jika sy transfer duit menggunakan maybank2u utk mengatifkan semula akaun sy dan membuat pengeluaran duit selepas itu ?

  7. Bila akaun bank dah status dorman, awak hanya boleh transfer masuk duit…untuk pengaktifan, awak hanya perlu ke kaunter cimb bank. Online tak dapat aktifkan akaun.

  8. akaun cimb sy sudah lebih 8tahun tidak aktif,tapi saya hairan bila status pemohonan i-lestari saya lulus dengan mengunakan akaun tidak aktif tersebut… apakah duit tersebut akan jadi makanan free kepada bank. ke saya maseh ber perluang mengambil duit i-lestari dalam akaun itu semula.. mohon pencerahan dari saudara🙏🙏🙏dari insan yang suasana hatinya tidak tenteram

  9. Account RHB Reflex saya baru dormant,saya baru aktifkan di kaunter,esoknya try trf thru online banking untuk tesk.Transaction failed.
    Saya balik semula ke kaunter RHB hari ni mereka baru ambil deposit saya RM50.Mereka cakap tunggu 24 jam InshaAllah dah boleh buat transaksi macam biasa.Harap2 boleh la..Dah 2 kali ulang alik bank..Penat !!!!

  10. Hai..nak tanya kalau duit masuk dalam akuan cimb bank yang tidak aktif lagi sebab sudah tukar kad cimb baru..ada kita boleh mengeluarkan kembeli duit dalam akuan cimb tidak aktif tu..

  11. Hai..nak tanya kalau duit masuk dalam akuan cimb bank yang tidak aktif lagi sebab sudah tukar kad cimb baru..ada kita boleh mengeluarkan kembeli duit dalam akuan cimb tidak aktif tu..

  12. Sy ada akaun bersama dgn anak saudara sy..akaun status dormant…skrg anak saudara sudah Umur lbh 18 tahun…Dan mahu bukak akaun baru…blh ka duit tu di transfer ka akaun baru dia….Atau kena byr 250 utk bukak akaun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *