March 22, 2023

BR1M Akan Mula Diagihkan Bermula 18 Febuari 2017 – Perdana Menteri

Beberapa minggu ini, viral berkenaan agihan BR1M sebelum perayaan Chinese New Year. Ramai yang terpecaya dengan berita palsu yang diwar-warkan sehingga ada yang dah menyemak akaun masing-masing. Padahal, pada waktu artikel ini dibuat kebanyakkan permohonan BR1M yang telah dikemaskini dan permohonan baru masih ‘Dalam Proses’ semakan kelayakan dan pengesahan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Sukacita dimaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia, pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017 akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan (KECUALI ada pengumuman rasmi mengenai perubahan).
Jadual Pembayaran BR1M 2017
Jadual Pembayaran BR1M 2017

[ Baca ] SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Dan, menurut status akaun facebook Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak semalam ( 27 Jan 2017 ), pengagihan BR1M akan bermula pada 18 Febuari 2017.
Jadual Pembayaran BR1M 2017
Jika ada berita mengatakan BR1M diagihkan hari ini, sila abaikan ya. Ini kerana laman web yang menyebarkan berita palsu tersebut tersenarai dalam Laman Sesawang/Facebook/Twitter PALSU oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang maklumat berkaitan BR1M seeloknya melayari laman rasmi e-BR1M dan baca dengan teliti MAKLUMAN yang dipaparkan di bahagian bawah laman tersebut.
Laman PALSU BR1M
Makluman Terkini BR1M 2017
Berhati-hati dengan panggilan dan pihak ketiga yang meminta makluman anda. Jangan jadi mangsa penipuan. Pihak kerajaan tidak pernah mengenakan bayaran bagi permohonan BR1M 2017 ini. Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila ke kaunter LHDNM di mana-mana cawangan terdekat dengan anda. 
Bagi menyemak status permohonan BR1M anda – Semak Status BR1M 2017
Semoga permohonan anda diluluskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *