May 30, 2023

Bot Sewa Memancing Laut Di Kuching, Sarawak

Bot Sewa Memancing Laut Di Kuching | Saya tahu, ramai kaki pancing di seluruh Malaysia ni mencari bot sewa memancing laut. Setiap kawasan pasti ada bot sewa memancing yang menawarkan perkhidmatan mengikut bayaran tertentu. Harga sewa bot yang mereka tentukan adalah mengikut harga semasa pakej memancing berdasarkan lokasi memancing dan saiz bot mereka.
Saya menjangkakan lebih ramai kaki pancing turun ke laut memancing pada bulan April dan Mei ini kerana kebiasaannya waktu ini adalah musim sotong di Kuching, Sarawak. Bukan itu saja, waktu pertengahan tahun ini musim tengkujuh berakhir, yang kebiasaanya bermula bulan Disember hingga Febuari.
Lokasi Memancing Laut Di Kuching
Kaki pancing memang tidak akan senang duduk rumah, lebih-lebih di masa cuti panjang sekolah. Dapat cuti hujung minggu pun boleh turun ke laut dengan Pakej Overnight iaitu jam5 petang sehingga jam9 pagi. Antara lokasi memancing laut yang popular dikalangan pemancing di Kuching adalah:-
  1. Bas
  2. Kapal Jepon
  3. Ochui
  4. Bas-Ochui
  5. Lakei MRX
  6. Lakei Choo Reef
  7. Lakei Ayong
  8. Tukun Trengganu
  9. Tanjung Datu, Sematan
  10. Karang ‘Lebeng’
  11. P.04
  12. Talang-Talang, Sematan
  13. Pulau Satang
Saya difahamkan, ada banyak lagi lokasi memancing laut disini tetapi mungkin kaki pancing cuba rahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Namun, jika maklumat boleh diperolehi saya akan cuba tambahkan list lokasi memancing laut diatas ini.
Bot Sewa Memancing Laut Kuching
Kalau dah jumpa tekong yang dah biasa tak apa, tapi kalau nak cuba bot sewa ini, dialu-alukan. Kali ini, saya mahu kongsikan dengan anda bot sewa memancing laut yang masih baru tetapi servis yang tip-top. Ini kerana beliau sentiasa memantau tekongnya dan berjanji akan memberikan kepuasan kepada pemancing yang menyewa botnya.
Pandangan Tepi Kanan Bot Sewa
Pandangan Tepi Kiri Bot Sewa

Pandangan Hadapan Bot Sewa
Bot sewa memancing laut ini boleh memuatkan 6 orang, namun jika mahu keselesaan disyorkan 5 orang sahaja. Lokasi memancing mengikut permintaan anda. Tiada istilah ‘tekong’ tidur, tekong ‘tidak bagus’ dan tekong ‘malas’ sebab tekong telah diamanahkan oleh boss mereka memberi kepuasan kepada pelanggan. Tak ada ikan, pindah sampai ada ikan.
Pergi Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan
Disamping kepuasan, kaki pancing juga sangat mengharapkan hasil yang lumayan. Anda pergi dengan izin keluarga, restu isteri tercinta, doa anak-anak dirumah, agar selamat dan beroleh kejayaan strike sebanyak mungkin ikan. 
Anda mahu memancing laut? bot sewa ini mungkin pilihan terbaik untuk anda memancing di Kuching, Sarawak. Boss bot sewa ni kata, bulan Mei ni hanya ada trip kosong pada minggu ke-2 sahaja. Kalau nak sewa jugak, mungkin boleh ambil trip hari bekerja. Weekend trip memang cepat fully book. Tempahan bulan Jun keatas masih availabe, mungkin anda pelanggan kami selepas ini.
Untuk pertanyaan Harga Sewaan bot dan Tempahan…
Hubungi :-

Masli – 016-8834276 (Call/SMS) 
www.wasap.my/60168834276
Facebook – Mohamad Masli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *