May 30, 2023

Bonus Penjawat Awam Sebulan Gaji dan 2 Kali Kenaikan Gaji Tahunan Bajet 2020

Rasanya semua rakyat Malaysia tahu, esok 11 Oktober 2019 adalah tarikh pembentangan Belanjawan 2020. Pembentangan bajet 2020 ini akan disampikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng di Parlimen. Siaran langsung pembentangan Bajet 2020 akan bermula pada jam4:00 petang.
Bonus Sebulan Penjawat Awam dan Kenaikan 2 kali Gaji Tahunan Bajet 2020
MENJELANG pembentangan Belanjawan 2020, Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian sebulan bonus untuk penjawat awam.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, adalah menjadi harapan penjawat awam setiap kali belanjawan dibentangkan ialah BONUS!
Selain itu, CUEPACS juga mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan untuk belanjawan 2020. Antaranya adalah:
  1. Bonus penjawat awam 1 bulan gaji
  2. Insentif kenaikan gaji 1 kenaikan gaji tahunan (KGT)
  3. Menyediakan rumah mampu milik berharga antara RM90,000 hingga RM150,000
  4. Pelepasan cukai idnividu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM18,000, suami atau isteri daripada RM4,000 kepada RM9,000, anak bawah 18 tahun dinaikkan kepada 21 tahun dan kadar RM2,000 kepada RM4,000, anak yang belum berkahwin dan masih belajar dinaikkan kadar daripada RM8,000 kepada RM12,000 manakala yang menuntut di luar negara dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM16,000
  5. Pelepasan tanggungan bagi ibubapa diberikan RM5,000
  6. Pelepasan perubatan ibubapa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM9,000
  7. Insurans perlindungan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000
  8. Penyeragaman elaun cola seluruh negara dan pertimbangkan elaun bandar

Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam
Pemberian bonus kepada kakitangan awam bermula pada tahun 2012 dan pada ketika itu bonus satu (1) bulan gaji diberikan kepada penjawat awam (minima RM1000). Manakala pada tahun 2013, penjawat awam diberikan bonus setengah bulan gaji (minimum RM1500).
Kita percaya pemberian bonus ini akan berulang  kembali, namun dapatkah Kerajaan memperuntukkan bonus penjawat awam sebulan atau setengah bulan gaji seperti yang diminta CEUPACS?
Bermula tahun 2014 sehingga tahun 2019, hanya saguhati ala bantuan kewangan khas yang diterima kakitangan kerajaan setiap kali pembentangan bajet.
Kali ini, ramai yang percaya bonus penjawat awam diberikan sekurang-kurangnya sebulan gaji atau diberikan kenaikan gaji tahunan (KGT) 1 atau 2 kali memandangkan kerajaan telah lama memberikan saguhati dan sistem saraan terdahulu tidak berjaya dilaksanakan.
Ini adalah sejarah bonus penjawat awam sejak 8 tahun yang lepas.
Bajet 2020
Jumlah bonus: Akan dikemaskini RM500 (Gred 56 kebawah)
Bonus Pesara: Akan dikemaskini RM250
Bajet 2019
Jumlah bonus: RM500
Bonus Pesara: RM250
Bajet 2018
Jumlah bonus: RM1500
Bonus Pesara: RM750
Bajet 2017
Jumlah bonus: RM500
Bonus Pesara: RM250
Bajet 2016
Jumlah bonus: RM500
Bonus Pesara: RM250
Bajet 2015
Jumlah bonus: RM500
Bonus Pesara: RM250
Bajet 2014
Jumlah bonus: RM500
Bonus Pesara: RM250
Bajet 2013
Jumlah bonus: Bonus setengah bulan gaji (Minimum RM1500)
Bonus Pesara: RM500
Bajet 2012  
Jumlah bonus: Bonus satu bulan gaji (Minimum RM1000)
Bonus Pesara: RM1000
Apa yang pasti, Kerajaan dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, sememangnya akan menilai prestasi kewangan negara sebelum memberikan bajet pemberian bonus penjawat awam ini.
Semoga dengan pemberian bonus ataupun saguhati kepada penjawat awam akan meringankan sedikit perbelanjaan penjawat awam yang telah berjasa untuk negara.
Dapat atau tidak? nantikan siaran langsung pembentangan Bajet 2020 yang bertemakan Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
Sama-sama kita nantikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *