May 30, 2023

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017, Dapat RM1000?

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017. Beberapa hari lagi, bermulanya bulan Ramadhan dan diikuti dengan menjelangnya Aidilfitri. Penjawat awam dan pesara awam pastinya mengharapkan berita baik tentang pemberian bonus atau saguhati sempena perayaan ini.
Penjawat awam bukanlah mengharapkan sepenuhnya bantuan kewangan ini, tetapi jika ada diberikan oleh pihak Kerajaan pastinya akan meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung nanti. Kita semua tahu, ekonomi sekarang tidak menentu tambahan pula harga barangan semakin hari semakin meningkat.

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017, Dapat RM1000 atau Tidak?
Seperti yang semua sedia maklum, pada tahun lepas (2016) kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam, manakala bagi 743,000 pesara awam diberikan RM250 sebagai meringankan beban perbelanjaan mereka.
Sungguhpun begitu, penjawat awam perlu memahami keutamaan kerajaan demi rakyat keseluruhan Malaysia. Kita tahu, pelbagai bentuk kemudahan disediakan kepada penjawat awam termasuklah pinjaman perumahan, kenderaan, kemudahan melanjutkan pelajaran, rawatan dan perubatan hospital dan elaun-elaun lain. Kerajaan Malaysia setahu saya, tidak pernah lupa memberikan bonus hari raya ini walaupun sedikit.
CEUPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bantuan Khas Raya RM1000
CEUPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) telah memohon kepada Kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian bantuan khas atau bonus raya sebanyak RM1000.

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERTIMBANG BANTUAN KHAS RAYA RM 1,000 Bernama 23/5/2017 KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu. “Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi. Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Terengganu di sini hari ini…..

Dapat atau tidak??
Kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan. Sabar ye. hehe…

4 thoughts on “Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017, Dapat RM1000?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *