Tinggal di kawasan perumahan bandar memang banyak cabaran. Start enjin kereta saja dah guna duit, nak guna tandas pun perlu bayar, nak beli sayur pun parking kereta kena bayar. Orang kata, duit bukan segalanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Oleh itu, mengimbas kembali saranan kerajaan Malaysia menggalakan rakyatnya mempunyai pekerjaan kedua atau sampingan demi menyara keluarga dan menambahbaik kedudukan kewangan mereka.
Bisnes Jual Aiskrim Atas Motosikal
Setiap hari, mak cik ni akan masuk lorong rumah saya dengan bunyi ‘ting ting ting’..anak lelaki saya kalau dengar, dia akan cuba buka pintu nak tengok. Maklumlah, umur baru setahun lebih tak tau lagi apa benda yang dijual mak cik atas motor ni. Tapi, anak-anak jiran sebelah kalau dengar motosikal ni lalu mesti bunyi gate akan kedengaran..hehe..tengok kat luar diorang berkerumun beli aiskrim..
Rezeki mak cik lah ni…
Kalau mak cik jual aiskrim ni terbaca artikel ini, minta maaf banyak-banyak sebab tak ambil gambar secara proper, kebetulan terambil video masa mak cik ni lalu masa drive semalam. Ada masa boleh selfie dengan mak cik jual aiskrim ni nanti.
Kenapa Pilih Bisnes Jual Aiskrim?
Seperti artikel saya sebelum ini, macam mana orang asing di negara kita boleh survive? tak kerja kilang lagi tapi tukar kerja sebagai penjual aiskrim. Untung ke jual aiskrim ni?
Sebabnya, menjual aiskrim boleh dilakukan sesiapa saja. Ianya mudah, tak perlu Diploma atau Ijazah untuk bisnes ini. Bahan aiskrim memang dah siap, just beli dan pusing taman perumahan untuk menjual aiskrim. Lesen B2 pastikan dah renew je lah hehe..
Ramai dah yang berjaya dalam bisnes jual aiskrim ni, antara penjual yang boleh jadi inspirasi kepada anda adalah seorang peniaga aiskrim di Kuala Lumpur yang berjaya mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan.
Baca – Penjual Aiskrim Atas Motosikal Jana Ribuan Ringgit Sebulan
Mahu memulakan bisnes jual aiskrim secara serius? lokasi seperti luar sekolah, luar kampus IPTA, perhimpunan rakyat, pasar tani, event, tepi jalan dan dimana pun yang anda rasakan sesuai adalah faktor kepada keuntungan banyak setiap bulan. Selain jual aiskrim atas motor, pembelian mesin aiskrim memudahkan anda kerana mesin aiskrim boleh dijalankan tanpa pengawasan 24 jam.
Berminat menceburi bisnes jual aiskrim secara serius? saya ada panduan untuk memulakan bisnes ini. Pastikan anda mendapatkan Ebook (Buku Digital) ini dan baca disamrtphone, tablet dan PC anda tanpa ada masalah.
Dapatkan panduan memulakan bisnes jual aiskrim – Jana 5K Sebulan Dengan Jual Aiskrim
Semoga berjaya nanti.
wahh best tuh
untung sebenarnya jual aiskrim ni
dengan suhu malaysia yang panas ni, best makan ice cream. say yes to business ice cream
yang sy tahu..aiskrim sedap dan sy pun suka makan 🙂
la..
hang orang sabah rupanya eh..