May 31, 2023

Bisnes Jual Air Tepi Jalan Memang Untung

Bisnes Jual Air Tepi Jalan Memang Untung | Dalam beberapa hari ini, saya terfikir nak buat bisnes jual air tepi jalan juga. Bukan apa, bila beli Coconut Shake di gerai brother ni mesti ada tinggal 3-5 cawan saja yang tinggal.
“Minta maaf bang, tinggal 2 cawan saja yang tinggal” katanya. Saya nak 3 cawan bro, satu untuk saya sendiri, satu untuk isteri dan anak lelaki saya. Mana cukup! haha..brother ni kata tunggu bapa dia bawa Coconut Shake dari rumah. Dalam Coldbox biru tu rasanya boleh muat 30 cawan kecil. Manakala, coldbox yang kecil boleh muat 20 cawan besar.

Bukan setakat Coconut Shake dan Honey Dew Shake, terdapat 3 balang air pulak dijual iaitu Oren, Jagung dan air kelapa. 
Satu cawan kecil Coconut Shake – RM2.50
Satu cawan Besar Coconut Shake – RM3.00
Manakala,
Satu cawan Honey Dew Shake – RM3.00
Dan, 
Air Kelapa – Small =RM1.00, Medium=RM1.50, Big=RM2.00 per cawan
Air Jagung & Oren – RM1.00/cawan
Jual air memang margin keuntungan agak besar…
Jika satu balang air kelapa memerlukan 5 biji kelapa dan satu bungkus ais kiub, maka modalnya lebih kurang RM20. Jika satu balang itu boleh jual 100 cawan, keuntungan yang boleh dapat RM100-RM20 , untung 80% iaitu RM80. 
Itu baru ja satu balang air kelapa. Air lain? hah..kiralah untungnya berapa dalam sehari…sehari ja pun dah boleh untung RM80-RM400! kalau sebulan? RM400 X 30 = RM12000

Jangan pandang rendah dengan penjual air tepi jalan ya..ada yang sanggup berhenti kerja untuk fokus bisnes ni tau..

Inilah hasil pembelian Coconut Shake saya, 2 ja dapat..dah habis katanya..hmm..pevret kami sekeluarga adalah Coconut Shake..

Anak lelaki saya suka selfie, nak minum Coconut Shake pun tak nak bila nampak kamera depan mata haha..

Sesiapa yang ada bisnes jual air ke, Coconut Shake ke, Honey Dew Shake ke, sila inform saya lokasi anda (kecuali di Malaya) di kawasan Kuching, Sarawak. Saya nak try jugak nanti.
Mereka yang berniaga ni tak akan main hentam ja buat bisnes jual air ni kalau tak ada panduan dan rahsia masing-masing. Bagi yang baru berniat nak buat bisnes ni, apa kata dapatkan panduan memulakan bisnes jual air balang sebagai ilmu permulaan bisnes ini.
Dapatkan panduan ini sekarang! – Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Okaylah, nak sambung minum Coconut Shake dulu..bubye!

8 thoughts on “Bisnes Jual Air Tepi Jalan Memang Untung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *