May 31, 2023

BHPetrol Tawar Ganjaran Baucar Sehingga RM155,000

BOUSTEAD Petroleum Marketing Snd Bhd (BHPetrol) akan memberikan ganjaran kepada pelanggan Shopee berupa baucar BHPetrol bernilai sehingga RM155,000 untuk setiap pembelian di platform atas talian tersebut.
Promosi diadakan sempena Hari Super Shopping, Shopee 9.9 yang berlangsung 27 Ogos hingga 9 September ini.
BHPetrol Tawar Ganjaran Baucar Sehingga RM155,000
Melalui Shopee Shopping Day, pembeli akan membeli terus dari gudang, sekali gus menikmati penghantaran cepat pada harga terbaik.
Sepanjang tempoh 14 hari promosi, pembeli berpeluang memenangi baucar BHPetrol bernilai RM3 dengan setiap pembelian di kedai-kedai Fulfilled By Shopee (FBS).
Pembeli juga dinasihatkan tidak melepaskan peluang memenangi baucar BHPetrol bernilai RM10 pada BHPetrol Day, 7 September nanti.
Mereka yang memenangi baucar RM3 dan RM10 boleh menebus baucar-baucar mereka dengan pembelian minimum RM20 bahan api dan produk tidak termasuk Touch n’ Go, perkhidmatan e-Pay dan rokok di semua stesen BHPetrol.
Info lanjut layari www.bhpetrol.com.my dan www.shopee.com.my/99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *