Beli SanDisk Flash Drive Dapat 3,000 Air Asia Big Points | Jika korang suka melancong, atau melawat kemana-mana negara atau dalam negara, promosi hebat seperti ini pastinya dinanti-nantikan.
Air Asia menyediakan BIG Loyalty Programme untuk membolehkan pelanggan membeli dengan mudah tanpa menggunakan kredit kad atau online banking, ia adalah Air Asia BIG Loyalty Programme yang mana pelanggan yang membeli tiket Air Asia akan diberikan ganjaran berbentuk point.
Point yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus penerbangan percuma jika mencapai jumlah tertentu.
Sebagai contoh:
Penerbangan sehala dari Kuching (KCH) ke Kuala Lumpur (KUL) pada 21 April 2016
BIG Points yang saya perlukan adalah sebanyak 6,500, dan perlu membayar Airport Tax sebanyak RM13.44. Ini bermakna, anda sudah jimat ratusan ringgit untuk tiket sehala ke Kuala Lumpur.
Bagaimana Untuk Mengumpul BIG Points?
Sejak saya menyertai BIG Loyalty Programme AirAsia ini, baru sekali saya redeem tiket flight. Memandangkan jarang balik ke Sabah selepas membawa isteri dan anak ke Kuching, pembelian tiket flight dah semakin berkurangan, setahun ada lah 3-4 kali setahun membeli tiket. Sekali pembelian, sekitar RM400 maka BIG Point saya dapat adalah 300. Setahun hanya dapat mengumpulkan BIG Point sehingga 1,600.
Nak tebus? agak lambat, memakan masa hingga tahun..
Rupa-rupanya, ada banyak cara untuk mendapat BIG Point ni…antaranya adalah membuat pembelian di mana-mana syarikat perbankan ataupun laman web berikut:
- CIMB AirAsia Saver Account
- Maybank
- Rocketmiles – Hotel
- Worldwide Agoda – Hotel
- Budget Car Rental
- Paradigm Mall
- Sunway Hotel & Resort
- Booking.com – Hotel
- ShopBack
- Metrojaya Mall
- Lazada My
Dan. banyak lagi…anda boleh baca senarai lanjut di sini – Air Asia BIG Point
Beli SanDisk Flash Drive Dapat 3,000 Air Asia Big Points
Kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda cara paling mudah dapatkan Air Asia BIG Point melalui pembelian SanDisk Flash Drive . Lazada My dan Air Asia telah bersekongkol untuk menawarkan promosi SanDisk Flash Drive untuk iPhone, iPad dan Android bermula 500 hingga 3,000 BIG Points.
Huh! memang banyak BIG Point yang kita boleh dapat ni…kalau beli 200GB tu harga hanya RM599 dan boleh kumpul 3,000 BIG Points.
Sambil menyelam minum air, dahlah beli Flash Drive 200GB pastu dapat pulak 3,000 Air Asia BIG Points…untung-untung!
Boleh buat pembelian disini- Beli Sini
Cik akak perasan gak benda nie…big point cik akak baru je enam ratus..lama lagi nak randem..haha
fuh..byk point dpt tu..
wahh , banyak tuh dapat
pergh, besarnya saiz storan pendrive tu