Bila bercakap tentang BORONG CHINA ni, ramai yang takut kena tipu oleh SCAMMER. Ini kerana ramai pengguna yang tertipu dengan agen borong yang “hilang” selepas mendapat deposit atau kesemua wang yang seharusnya digunakan untuk membeli produk dari China tersebut.
Sebab itu sekarang, ramai yang cuba beli borong sendiri secara online di laman web penyedia perkhidmatan borong yang menghimpunkan beribu supplier (pembekal) dari negara China. Walaubagaimanapun, terdapat juga laman web yang beroperasi di UK namun pembekalnya dari China. Semua ini akan saya kongsikan dalam entri kali ini!
Borong Atau Dropship, Mana Lebih Baik?
Borong produk dari China memerlukan modal permulaan untuk membeli stok. Manakala, dropship adalah percuma tetapi ada laman web yang mengenakan bayaran keahlian sebagai langganan atau akses kepada senarai pembekal mereka.
Ianya terpulang kepada korang, nak beli borong dulu kemudian jual di pasaran Malaysia atau langgan dropship membership dan jual dipasaran Malaysia.
Apa bezanya borong dan droship?
- Borong perlu modal, dropship percuma (perlu modal namun tidak tinggi)
- Borong perlu simpan stok, jual di pasaran Malaysia
- Drosphip tak perlu simpan stok, terus jual dan jika pelanggan beli baru kita beli dengan pembekal. Pembekal terus pos barang kepada pelanggan kita.
- Bila dah beli borong, kita perlu pos sendiri kepada pelanggan. Dropship, urusan pos barang dilakukan pembekal.
- Bila dah beli borong, penghantaran mesti guna khidmat pos dalam Malaysia delivery time adalah 3-7 hari dan jika anda buat dropship estimated time delivery adalah 10-25 hari bekerja dengan guna khidmat penghantaran antarabangsa.
Setiap keputusan yang anda buat ada pro & cont nya.
Laman Web Borong Dari China Terbaik
Banyak laman web yang ada di internet pada masa kini. Namun, adakah laman web tersebut boleh dipercayai atau tidak?
Jawapannya anda kena tanya yang PAKAR! Siapa yang pakar, mereka adalah pemborong yang pernah beli borong di website tersebut. Tunggu ya, saya akan bagitau korang!
Jika sebut yang Terbaik, semestinya website tu dah ramai yang guna. Apa website tu?
- Taobao.com (boleh beli minimum 1 unit, dalam Bahasa Chinese)
- 1688.com (boleh beli dengan minimum order 2 hingga lebih 1000 unit, dalam Bahasa Chinese)
- Aliexpress.com (boleh beli minimum 1 unit)
- Alibaba.com (boleh beli dengan minimum order 10 hingga lebih 1000 unit)
Lazimnya, inilah website yang disebut-sebut bila nak beli borong China. Dan, website ini popular seluruh dunia. Siapa tak kenal memang rugi lah!
Panduan Borong Di Taobao dan 1688
Kenapa saya syorkan korang untuk membeli secara borong berbanding dropship, sedangkan perlu modal permulaan untuk borong? Bukankah tanpa menyimpan stok lebih mudah dan cepat?
Ya, dropship lebih mudah untuk dilakukan! Hanya promote produk, korang pula perlu beli produk tu dekat supplier dan supplier tu akan poskan kepada pelanggan korang tu..
Masalah paling besar adalah isu supplier yang boleh dipercayai atau tidak dan delivery time (jangkamasa penghantaran) yang terlalu lama.
Dan, kebanyakkan produk yang TERLALU MURAH dijual di website Lazada, Shopee, Lelong dan sebagainya adalah dropship dari China. Tapi, delivery time dia memang lama, boleh memakan masa 3 hingga 8 minggu (itupun kalau bungkusan tak hilang, atau tak sampai).
Bagaimana jika ada cara borong China yang lebih selamat dan mudah, hanya beli secara online di website tu?
Ya, inilah yang saya nak kongsikan dengan korang..ebook panduan borong China ini telah digunakan ramai peniaga malah ada yang membeli produk untuk kegunaan mereka sendiri.
Ebook Rahsia Taobao – http://bit.ly/RahsiaTaobaoPower
Ebook Borong 1688 – http://bit.ly/Rahsia1688Power
Saya berharap dengan adanya panduan ini, korang akan berjaya membeli atau memborong produk yang LAKU KERAS untuk dijual di pasaran Malaysia. Produk tersebut bolehlah dijual dengan kadar jualan mengikut harga semasa atau lebih tinggi.
Saya yakin, korang akan berjaya nanti. Insyaallah!