May 31, 2023

Baju T-Shirt Hasil Tebus Mata Ganjaran Valued Opinions

Dua bulan menyertai Valued Opinions ni, akhirnya berjaya juga menebus mata ganjaran sebanyak RM30. Semua ganjaran ini adalah hasil daripada menjawab soalan-soalan survey atau kajian. Walaupun banyak email yang terlepas untuk menjawab soalan survey namun berjaya juga mencecah RM30.
Nilai RM30 ini adalah jumlah minimum yang boleh ditebus samada Baucer KFC & Pizza Hut, Baucer AEON, atau Baucer Zalora .Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya dengan Valued Opinions, maka dengan mata ganjaran berjumlah RM30 ditebus dengan Baucer RM30 untuk pembelian di Zalora Malaysia.

Tebus Mata ganjaran di zalora Malaysia
Email Baucer Zalora


Cara Untuk Menggunakan Baucer Zalora

Caranya mudah saja,…

Anda layari laman web – Zalora Malaysia

Pilih baju, kasut atau lain-lain produk yang boleh dibeli dengan harga bersamaan  nilai Baucer Zalora RM30 tersebut. Banyak baju T-Shirt lelaki dan wanita ada didalam Zalora ini. Anda pilih saja mana yang berkenaan dan ketika melakukan pembayaran..masukkan kod Baucer (kod tuntutan).

Harga T-Shirt saya ini adalah RM29.90..10 sen hangus tapi tak apa lah! hehe..dapat FREE je kot..

Kos penghantaran ke Kuching, Sarawak adalah berjumlah RM10 dan perlu dibayar menggunakan kredit kad atau bank transfer sahaja.

Membeli belah di zalora malaysia
Bungkusan T-Shirt menggunakan perkhidmatan City-Link

T-Shirt dari Zalora Malaysia
T-Shirt Zalora – I’M NOT FAT, I’M JUST EASY TO SEE
Memang saya tak FAT pun, tapi manalah tahu tahun 2017 ni boleh jadi macam-macam kan hahaha..sebenarnya saya suka ‘statement’ atas baju ni..ingat nak jadi model baju, tapi baju ni masih bau ‘kilang’ terpaksalah di cuci terlebih dahulu..
Kira ini rezeki awal tahun 2017, satu permulaan yang agak baik…
Nak dapatkan Baucer Zalora macam saya jugak? apa lagi..jomlah ramai-ramai daftar Valued Opinions sekarang – Daftar Sini
Kalau nak tengok baju T-Shirt yang lain, boleh lah terus ke laman web – Zalora Malaysia
Rasanya baju dah kering, nak pergi supermaket dulu beli barang dapur hihi…
Bubye..

15 thoughts on “Baju T-Shirt Hasil Tebus Mata Ganjaran Valued Opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *