May 31, 2023

Bajet 2018 – Cuepacs Tuntut Bonus, Kad Diskaun Pengangkutan, Elaun Bandaraya, Dapat atau Tidak?

Setiap tahun, seluruh rakyat Malaysia akan menantikan pembentangan Bajet untuk tahun berikutnya. Pelbagai penambahbaikkan, pembaharuan, insentif dan bantuan dibentangkan oleh pihak kerajaan. Pembentangan bajet ini lazimnya dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada bulan Oktober setiap tahun.

Bajet 2018 - Cuepacs Tuntut Bonus, Kad Diskaun Pengangkutan, Elaun Bandaraya, Dapat atau Tidak?

Untuk pembentangan bajet bagi tahun 2018 ini, ianya akan diadakan di Parlimen pada 27 Oktober 2018, bersamaan hari jumaat. Banyak pengumuman baik yang kita nanti-nantikan, banyak juga yang telah dikhabarkan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman web peribadinya dan akaun Facebook tentang cadangan penambahbaikan dan insentif yang akan diumumkan.

Cuepacs Tuntut Bonus, Kad Diskaun Pengangkutan, Elaun Bandaraya

Pada 16 Oktober lalu, CEUPACS telah menuntut beberapa perkara bagi kemudahan penjawat awam di Malaysia. Antara perkara yang dituntut oleh CEUPACS adalah:
  1. Bonus satu setengah bulan gaji
  2. Elaun bandar raya sebanyak RM300
  3. Kad diskaun pengangkutan awam 
  4. Menaikkan Elaun Tetap Khidmat Awam minimum RM180 sebulan (gred terendah) dang red lebih tinggi diselaraskan mengikut kelayakan
  5. Dua  kenaikan gaji tahunan 
  6. Kenaikan pangkat secara time based (berdasarkan tempoh berkhidmat) kali kedua untuk penjawat awam gred kanan.
  7. Kenaikan time based kali pertama juga perlu dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun manakala kenaikan time based kali dua selepas lapan tahun.
  8. Kenaikan kadar pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM18,000, isteri dan anak daripada RM4,000 kepada RM9,000, kadar pelepasan cukai untuk anak bawah 18 tahun dinaikkan kepada 21 tahun dengan kadar pelepasan RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000.cBagi tanggungan ibu bapa, diberi pelepasan sehingga RM5,000 dan untuk pelepasan kos perubatan ibu bapa diberi kenaikan daripada RM5,000 kepada RM9,000 selain cadangan pembelian insurans nyawa diberi kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.
  9. Kadar faedah pinjaman daripada Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus.
  10. Peruntukkan pembinaan rumah kepada penjawat awam yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan membina rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000,” katanya.
  11. Semua penjawat awam diberi perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menggantikan skim ex-gratia di bawah Kementerian Kewangan.

Memorandum tuntutan kali ini telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal Ogos lalu oleh CEUPACS.
Difahamkan ia sedang dipertimbangkan dan amat berharap semua tuntutan ini dapat dipenuhi dalam Bajet kali ini demi kesejahteraan penjawat awam negara ini.
Cuepacs percaya kerajaan tidak akan sekali-kali melupakan golongan penjawat awam dan sentiasa memastikan keperluan golongan ini dipenuhi.

Namun, dapatkah tuntutan ini dipenuhi? sama-sama kita nantikan pada pengumuman Bajet 2018 nanti pada 27 Oktober 2017.

Apa kata anda?

10 thoughts on “Bajet 2018 – Cuepacs Tuntut Bonus, Kad Diskaun Pengangkutan, Elaun Bandaraya, Dapat atau Tidak?

  1. tuntutan yang sangat gumbira..

    cuma mampu atau tidak lagi sekiranya perolehen negara tidak begitu memberangsangkan..

    mungkin GST boleh jadi naik sekiranya tiada sumber yang kuat untuk menampung kos pentadbiran yang meningkat..

    itu pandangan saya yang tak sekolah tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *