May 31, 2023

Aplikasi Whatsapp Business Untuk Pemilik Perniagaan

Aplikasi Whatsapp Business untuk kegunaan pemilik perniagaan online. Penggunaan aplikasi Whatsapp untuk perniagaan bukan lagi rahsia sekarang ni, kebanyakkan peniaga online menggunakan platform ini kerana mudah untuk digunakan dan seterusnya Close Sales. Boleh dikatakan, setiap smartphone yang kita beli dikedai tetefon bimbit memang telah di install aplikasi Whatsapp ini. Jadi, jika ada 30 juta rakyat Malaysia menggunakan smartphone, maka tak salah jika kita cakap pengguna Whatsapp pun lebih kurang 30 juta juga.
Aplikasi Whatsapp Business Untuk Pemilik Perniagaan

Aplikasi Whatsapp Business Untuk Peniaga

Sekarang ni Whatsapp sudah keluarkan sebuah aplikasi baru khas untuk pemilik perniagaan iaitu Whatsapp Business. Aplikasi ini telah mula boleh dimuat turun di Malaysia.
Beberapa kelebihan dan fungsi  yang harus peniaga ketahui tentang aplikasi ini adalah:
  1. Quick Reply & Automated Messages
  2. Meletakkan maklumat business seperti alamat, waktu operasi dan lain-lain.
  3. Message Statstics
  4. Melebal mesej customer untuk perjalanan proses order

Aplikasi Whatsapp Business Untuk Pemilik Perniagaan
Anda tidak boleh menggunakan nombor telefon yang sama dengan Whatsapp personal untuk Whatsapp Business ini tetapi anda boleh juga gunakan nombor telefon rumah (landline).
Dari segi User Interface (IU), sama saja dengan Whatsapp personal yang kita ada sekarang ni. Walaubagaimanapun, aplikasi ini masih pada peringkat awal dan belum ada fungsi-fungsi yang ‘wow’ lagi. Harapnya ada penambahbaikan dimasa akan datang.

Baca juga – 3 Ebook Khas Untuk Peniaga Online Di Media Sosial

Buat masa ini, Whatsapp Business hanya dikeluarkan untuk pengguna Android sahaja. Untuk IOS pula akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.
Jadi, buat sahabat-sahabat yang mempunyai perniagaan online diluar sana, mari ambil kesempatan ini untuk mencuba aplikasi baru untuk perniagaan. Aplikasi ini mungkin membantu perniagaan anda untuk lebih efisien kan?
Siapa tahu? Tak rugi pun untuk mencuba..
Aplikasi Whatsapp Business Untuk Pemilik Perniagaan
Nak cuba aplikasi Whatsapp Business ini, boleh muat turun aplikasi sini – Whatsapp Business (Android)
Semoga bermanfaat.

One thought on “Aplikasi Whatsapp Business Untuk Pemilik Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *