May 30, 2023

Apa Itu Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas?

Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas. Baru-baru ini, saya menguruskan permohonan jawatan kosong untuk isteri saya secara online. Biasanya, memang mudah untuk isi boring permohonan online tu, tetapi kali ini ada bahagian yang memang pening nak isi apa. 
Apa Itu Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas?
Cuba tengok gambar dibawah ini..
Apa Itu Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas?
Kebolehan menaip Bertulis dan Bercetak

Kebolehan Trengkas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Apa yang anda boleh faham? 
Jika anda pernah memohon jawatan untuk kerja kerajaan, mesti ada maklumat kebolehan menaip dan kemahiran trengkas ni. Apa maksud kedua-dua kebolehan ni?

Maksud Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas

Baiklah. Mari kita sama-sama belajar apa itu kemahiran menaip dan trengkas. 

Kemahiran Menaip – Kemahiran seseorang itu menaip dengan lancar tanpa ada kesalahan. Kepantasan menaip ini diukur berdasarkan Perkataan Per Minit (P.S.M) atau Word Per Minute (W.P.M).

Kemahiran Trengkas – Kemahiran menulis atau menaip dengan menggunakan singkatan atau simbol tertentu. Ianya merupakan tulisan ‘shortform’ tetapi bukan singkatan yang selalu digunakan dalam whatsapp seperti ASAP (as soon as possible), FYI (for your information), ETA (estimate time arrival), DM (direct message) dan sebagainya. Seseorang yang mempunyai kemahiran ini selalunya mendapat latihan dan ujian terlebih dahulu. 

Cara Menguji Tahap Kemahiran Menaip 

Jika anda sedang mengisi borang dan tak tahu apa nak ditulis didalam bahagian itu. Anda boleh melakukan ujian menaip secara online di https://typing-speed-test.aoeu.eu/ iaitu Typing Speed Test dalam Bahasa Inggeris.

Apa Itu Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas?


Ini adalah hasil Ujian Kepantasan Menaip saya. Hanya Berjaya mendapat  172 CPM (Character Per Minute) dan  34 WPM (Word Per Minute). Saya memang tak ada bakat nak menaip laju, dah buat berkali-kali tetapi makin turun pulak..haha.
Bagaimana pula dengan kelajuan dan kemahiran menaip anda?

Cara Menguji Tahap Kemahiran Trengkas

Buat masa ini, tiada laman web yang menyediakan ujian secara online untuk kemahiran trengkas. Mungkin ada ujian yang special untuk kemahiran ini. Lazimnya, seorang setiausaha pejabat memerlukan kemahiran trengkas 100 PSM (Perkataan Per Minit) untuk membuat minit mesyuarat dan seorang wartawan memerlukan kemahiran trengkas ini juga.
Walaubagaimanapun, jika nak lebih pantas menaip anda kurangkan melihat keyboard dan tumpukan kepada penulisan. Lihat ayat yang nak ditulis dan hafal kedudukan huruf pada papan kekunci komputer anda, dengan cara ini kelajuan dapat ditingkatkan. 
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mengisi borang permohonan jawatan kerja kerajaan nanti. Jangan lupa test kelajuan menaip anda ya.

5 thoughts on “Apa Itu Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *