Impian Percutian Saya Jika Menang Percutian Percuma Traveloka
8 Tempat Menarik Mesti Pergi Di Korea Selatan
Pulau Nami merupakan sebuah pulau yang berbentuk bulan separuh. Inilah lokasi penggambaran filem Winter Sonata tu. Masa yang sesuai untuk percutian di sini adalah pada bulan April ketika musim bunga. Bunga sakura tu…kalau bercuti ke sini bersama isteri, pasti akan terasa baru semalam je kahwin hehe..
Gyeongbokgung juga dikenali sebagai Gyeongbokyung Palace atau Gyeongbok Palace merupakan istana diraja pada zaman pemerintahan Joseon Dynasty. Dibina pada tahun 1395 dan terletak di bahagian urata Seoul, Korea Selatan. Lokasi ini juga banyak digunakan dalam filem-filem sejarah Korea. Diluar Gyeongbukgung adalah Gwanghamun Square dimana hero dan heroin City Hunter bertemu first time. Dibahagian belakang pula adalah Korean Blue House iaitu kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan. Memang menarik tempat ni..
Myeongdong merupakan pusat membeli-belah terbesar di Seoul, Korea Selatan. Tempat ini adalah syurga fesyen dan kosmetik di Korea Selatan. Dianggarkan seramai 1,500,000 melalui Myeongdong setiap hari dan menghubungkan Chungmuro, Euljiro, dan Nandaemunro yang berkeluasan 0.99 km persegi.
Namsan merupakan gunung yang berada ditengah-tengah kota Seoul, Korea Selatan. Berketinggian 262 meter, terletak di daerah Jung-gu di South Central Seoul, Korea Selatan. Namsan juga dikenali sebagai Mongmyeoksan. Dikaki gunung ini terdapat perkampungan tradisional orang-orang Korea yang dipanggil Namsagol Hanok Village. Untuk ke Namsan, kita boleh menggunakan 3 cara iaitu Cable Car, Menaiki Bas, atau Berjalan Kaki.
Cheonggyecheon merupakan anak sungai yang mengalir ditengah-tengah Kota Seoul. Sungai sepanjang 10.9 kilometer ini adalah tempat rekriasi dan bersantai warga korea. Sumber air yang mengalir adalah dari mata air bawah tanah. Pemandangan di sungai Cheonggyecheon ini sangat indah dengan ukiran dan pancutan air yang berwarna warni pada waktu malam. Pada awal Novermber setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, unik dan cantik sempena Festival Tanglung Korea.
Hangang Park adalah taman disepanjang Hangang River. Banyak taman reksriasi di sepanjang sungai Hangang ini. Pada musim sejuk, taman ini akan bertukar sebagai medan bermain luncur salji. Kalau suka beriadah, bolehlah berkunjung ke Hangang Park. Huh, nak main luncur salji tu lah..
Han River merupakan sungai terbesar di Korea Selatan dan sungai yang ke-4 terpanjang di Korea Peninsula selepas sungai Amnol, Sungai Tuman, dan sungai Nakdong. Di sungai ini, terdapat sebuah jambatan yang dikenali sebagai Banpo Moonlight Rainbow Bridge, pada waktu malam pemandangan memang cantik, macam awek-awek Korea hehe..ingat tak penggambar Running Man tu? dekat sungai ni lah diorang berenang merentas sungai tu..
Kalau di Malaysia kita ada Genting Highland, di Korea Selatan mereka ada Lotte World. Lotte World merupakan pusat rekriasi terbesar di Seoul, Korea Selatan. Banyak permainan indoor dan outdoor yang boleh didapati disini. Mereka yang pernah kesini kata, Lotte World adalah lebih 10kali ganda lebih best! tapi itu nanti saya komen kalau berjaya percutian percuma tu..
Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di Korea Selatan. Ini belum termasuk taman hidupan binatang/haiwan disana. Rasanya 8 lokasi menarik ini saja buat masa ini yang menarik untuk dilawati, tetapi jika diberi peluang memenangi percutian percuma dari Traveloka, saya mungkin akan pergi lebih banyak tempat menarik lain.
1. Korea Tourism Organization
2. www.myfir2u.blogspot.com
Dapat job gak ke..hihi
Good luck Elih
inshaa Allah ..suatu hari nanti hehhee
korea memang best!!! all the best ok..;p
Semoga terpilih, nanti nak kirim lee min-ho, hahahah.
Peh… aku ni satu hapa pasal Korea langsung tak tau