7 Tip Penting Melakukan Aktiviti Mendaki Gunung (Hiking) | Semenjak dua menjak ni semakin ramai pula yang beralih minat dan hobi kepada mendaki gunung atau bukit. Walau apa pun tempat tinggi yang anda naik samada gunung atau bukit, itu tetap dipanggil hiking.
Jika dibandingkan dengan berjogging di tepi jalan, mendaki sememangnya lebih mencabar untuk dilakukan. Namun, masuk ke dalam hutan ada banyak perkara yang anda perlu ketahui. Amalan ini bukan sahaja boleh menyelamatkan anda tetapi boleh mempersiapkan fizikal dan mental anda.
7 Tip Penting Mendaki Gunung
Selalu kita mendengar berita di dada akhbar tentang pendaki yang hilang didalam hutan. Kes seperti inilah yang perlu dielakkan apabila melakukan aktiviti mendaki gunung. So, kali ini saya akan kongsikan dengan anda 7 tip penting sebelum semasa dan selepas menjalankan aktiviti hiking.
1. Ketahui adab masuk ke hutan
Sebagai orang yang mempunyai agama, semestinya doa adalah senjata kita. Doa adalah salah satu perkara wajib dalam adab masuk ke hutan. Jangan bercakap terlalu besar dan membuat perkara yang tidak sepatutnya di dalam hutan. Misalnya, buang air kecil perlu ada teman yang menunggu dan elakkan seorang diri. Elakkan juga mengambil apa-apa didalam hutan, kalau nampak benda pelik sebaiknya diam sahaja jangan ditegur. Ambil gambar dan elakkan bercakap yang bukan-bukan. Paling bagus, bawalah seorang guide yang arif tentang hutan tu atau kawan-kawan yang berpengalaman.
2. Kenalpasti lokasi pendakian
Sebelum melakukan pendakian, buat sedikit research terlebih dahulu tentang lokasi tersebut. Baca perkongsian daripada blogger, hiker atau artikel yang pernah orang lain buat. Setiap lokasi pendakian mempunyai bentuk muka bumi yang berbeza, jarak dan pantang larangnya. Buat kajian dan terangkan kepada rakan-rakan sependakian yang lain agar lebih peka dengan sebarang masalah yang mungkin berlaku.
3. Peralatan hiking lengkap
Masuk hutan sememangnya mencabar. Peralatan hiking perlu dibawa untuk persediaan rapi ketika mendaki. Terdapat 10 peralatan penting yang korang wajib bawa ketika hiking. Antaranya adalah:
- Sleeping Bag
- Backpack
- Headlamp
- Trekking Pole
- Portable Gas
- Camping Tent Hiking
- Kasut Hiking
- Pouch
- Aksesori Hiking
- Survival kit
Kesemua peralatan ini anda boleh dapatkan di PTT OUTDOOR !
4. First Aid Kit
First aid kit merupakan benda yang paling penting dibawa ketika hiking. Malang itu tidak berbau, bila-bila masa kemalangan akan berlaku. Bawa lah first aid yang kecil untuk merawat luka ringan. Jika nak dapatkan first aid yang sesuai boleh dapatkan di PTT OUTDOOR.
5. Perlu ada minat dan semangat kental
Melakukan aktiviti lasak memerlukan minat yang sejati. Bukan dibuat-buat dan terpaksa atas dasar trend dan terikut-ikut kawan-kawan lain. Hiking bukan mudah untuk dilakukan, tanpa minat serta semangat yang kental anda pasti kecundang ditengah jalan..cehhh!
6. Stamina
Lakukan senaman dan latihan sebelum melakukan pendakian. Pastikan badan anda bersedia dengan cabaran didalam hutan nanti. Masuk hutan perlukan stamina yang tinggi untuk berjaya ke puncak. Naik memang best tapi turun mungkin sedikit berbeza.
7. Nutrisi tambahan
Untuk menguatkan tenaga dan nutrisi dalam badan anda, saya cadangkan anda membawa bersama Energy Gel dan Salt Stick untuk mengelakkan kekejangan otot. Anda boleh dapatkan nutrisi tambahan ini di PTT OUTDOOR !
Ada orang kata, aktiviti hiking ni kebanyakkannya mereka yang baru PUTUS CINTA..betul kah?
Ada rakan-rakan nakal kata, majoriti yang ikut hiking ni yang JANDA dan DUDA..isk isk isk, tak elok cakap macam tu.
Mungkin group hiking mereka tu kebetulan ‘mereka’ ramai yang join..tapi yang pentingnya, hiking boleh meredakan tekanan dan melepaskan ‘keboringan’..aktiviti sihat perlu diteruskan..
Semoga bermanfaat untuk kaki hiking seMalaysia!